Khamis, Oktober 31, 2024
Rabu, Oktober 30, 2024
Selasa, Oktober 29, 2024
Isnin, Oktober 28, 2024
Ahad, Oktober 27, 2024
Sabtu, Oktober 26, 2024
Perpustakaan Pemangkin Pembentukan Generasi Madani
BERNAMA – 01 Dis 2023
Oleh: Oswald Timothy Edward dan Ahmad Akmal Mohd Idris
Perpustakaan,
sebagai tapak pembelajaran utama, memainkan peranan penting dalam mencapai
Malaysia Madani dengan menyediakan koleksi ilmu pengetahuan yang luas.
Bagaimanapun, cabaran yang ketara terhadap minat pelajar terhadap perpustakaan
di Malaysia memerlukan tindakan proaktif untuk memastikan masa depan yang
berpengetahuan, kreatif, dan sejahtera.
Perubahan
teknologi pesat era digital
Perubahan
teknologi yang pesat menjadi antara faktor utama yang merampas minat pelajar
dari pengalaman tradisional perpustakaan. Dalam era digital, pelajar cenderung
mencari maklumat melalui internet, peranti elektronik, dan e-buku, mengurangkan
daya tarikan perpustakaan fizikal. Perpustakaan perlu memahami perubahan itu
dan menyelaraskan perkhidmatannya dengan teknologi terkini untuk kekal relevan
dalam memenuhi keperluan pelajar masa kini.
Keberkesanan perpustakaan masa depan bergantung kepada kemampuannya untuk mengintegrasikan teknologi terkini dalam perkhidmatannya. Ini mungkin merangkumi pembangunan platform digital, peningkatan dalam perkhidmatan dalam talian, dan pendekatan inovatif dalam menyampaikan maklumat. Perpustakaan juga perlu memainkan peranan sebagai penyedia akses kepada sumber-sumber elektronik yang berkualiti untuk memastikan bahawa mereka menawarkan nilai tambah kepada pengguna dalam era digital ini.
Jumaat, Oktober 25, 2024
Khamis, Oktober 24, 2024
Rabu, Oktober 23, 2024
Rohani Abdullah Genggam PhD di usia 81
Kuala Nerus: Di usia 80 tahun, wanita kelahiran Paris, Perancis ini berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Christine Longuet atau nama Islamnya, Rohani Abdullah dari Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu, berkata, dia mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan tesis dan usahanya itu membuahkan hasil apabila hari ini dia dianugerahkan segulung ijazah PhD. Katanya, kekangan waktu untuk menyiapkan kertas kajian mengakibatkan begitu banyak masa diambil namun dia bersyukur kerana akhirnya dia berjaya menerima ijazah PhD.
"Ketika di sana (Paris) saya sudah menamatkan pengajian di
peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sorbonne, Paris, dalam jurusan
sejarah sebelum berhijrah ke Terengganu. Ketika
di Malaysia, saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang seni
bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Manakala di
UMT, saya melanjutkan pengajian dalam jurusan etnobotani," katanya ketika
ditemui selepas Majlis Konvokesyen Ke-22 UMT di Dewan Sultan Mizan, di sini,
hari ini.
Menurutnya, dia bersyukur walaupun mengambil masa lama untuk menyiapkan kertas kajiannya itu namun akhirnya dia berjaya menyiapkan tesis bertajuk 'Places, Plants and People In The State Of Terengganu Malaysia: An Assessment From Two Eras'.
Katanya, dia turut mengarang buku iaitu Puisi Duyung Pulau Rakyat, koleksi puisi tempatan dan Amanah: Journey An Architect iaitu buku mengenai hasil arkitek tempatan, Nik Mohamed Mahmood. Katanya, Kampung Pulau Duyung, tempat dia menetap satu ketika dulu amat terkenal dalam dunia pembuatan bot dan kapal layar hingga ramai individu dari benua Eropah yang datang untuk menempah kapal layar yang dibuat oleh tukang tempatan berkemahiran tinggi. Rohani berkata, dia sudah menetap di Terengganu selama 53 tahun membuatkan dirinya sudah sebati dengan persekitaran serta kehidupan masyarakat setempat.
"Ketika mula-mula datang ke kampung itu saya belajar
bertutur bahasa Melayu dengan tukang yang membuatkan bot dan perahu layar di
tebing Sungai Terengganu. Saya mengambil masa hampir lima tahun untuk menguasai
bahasa Melayu dan pada 1977 ketika berusia 34 tahun saya berkahwin dengan anak
seorang imam di Kampung Pulau Duyung.
"Budaya masyarakat Melayu amat menarik dengan kehalusan bahasa, seni bina, kehidupan bermasyarakat yang utuh membuatkan saya tertarik untuk terus menerap di negeri ini," katanya antara 89 pelajar yang menerima ijazah PhD.
Dia berkata, keluarganya satu masa dulu pernah memiliki kapal layar bernama Ganti Rampai dan pernah membuat pelayaran dengan membawa anak-anaknya di Laut China Selatan. Menurutnya, kapal layar milik arwah suami masih ada dan kini ditempatkan di bengkel bagi kerja baik pulih.
Sumber: Harian Metro
Selasa, Oktober 22, 2024
Isnin, Oktober 21, 2024
Ahad, Oktober 20, 2024
Sabtu, Oktober 19, 2024
Jumaat, Oktober 18, 2024
KM's Critical Success Factors
Khamis, Oktober 17, 2024
Rabu, Oktober 16, 2024
Muzik Rock Hampiri Penghujungnya - M. Nasir
Perpustakaan Masih Relevan
Ubah stigma, perpustakaan masih relevan
TV Sarawak –
10 Okt 2024
BINTANGOR, 10 Okt: Pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan
bagi menarik minat masyarakat mengunjungi perpustakaan yang masih relevan
dengan peranannya sebagai sumber pembelajaran sepanjang hayat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing
berkata, usaha itu sangat penting dalam meningkatkan literasi dan penggunaan
sumber pengetahuan yang ada. Malah ujarnya, langkah lebih proaktif boleh membantu
mengubah persepsi perpustakaan sebagai tempat yang membosankan kepada pusat
aktiviti dan ilmu yang dinamik.
Sehubungan itu, hubungan baik antara perpustakaan sebagai penyedia
perkhidmatan dan pengguna dapat dipupuk dan dipertingkatkan dengan menyebarluaskan
peranan perpustakaan dalam komuniti.
“Ini dapat mengurangkan ‘stigma’ bahawa suasana perpustakaan yang
membosankan dengan perlaksanaan program literasi maklumat yang lebih
menyeronokkan dengan iklusiviti digital pada masa kini,” katanya ketika menghadiri
Hari Terbuka Perpustakaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) hari ini.
Kuong Hiing berkata, program itu selaras dengan Pembudayaan Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG) dalam kalangan komuniti. Selain menyediakan ruang yang
selesa, moden dan lebih mesra katanya, kolaborasi bersama pelbagai pihak
termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga penting bagi merealisasikan
hasrat itu.
Penganjuran program kali ini melibatkan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan
Anak Sarawak (TEGAS) dengan memasukkan program Sains Teknologi dan Matematik
(STEM) yang merupakan antara pembelajaran terpenting pada masa kini.
Pada majlis yang sama, Kuong Hiing turut menyalurkan sumbangan sebanyak
RM10,000 bagi membantu pihak perpustakaan MDMJmelaksanakan pelbagai aktiviti
pada masa akan datang. –TVS
Sumber: https://www.tvsarawak.my/2024/10/10/ubah-stigma-perpustakaan-masih-relevan/
Selasa, Oktober 15, 2024
SYJ BOTB 1986: Kultus Metal Ipoh
Isnin, Oktober 14, 2024
Ahad, Oktober 13, 2024
Duit Raya di Konsert Chipta2 M Nasir
Sabtu, Oktober 12, 2024
Jumaat, Oktober 11, 2024
Khamis, Oktober 10, 2024
Rabu, Oktober 09, 2024
Selasa, Oktober 08, 2024
Isnin, Oktober 07, 2024
Pokok Sukun Tertua
POKOK SUKUN TERTUA DI PULAU AMAN
Hantaran asal: FB Apa Habaq Balik Pulau
Ahad, Oktober 06, 2024
Bahasa Jiwa Bangsa
Sinar Harian - 06 Oktober 2024
IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir kelompok elit yang taasub dengan bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara. Beliau berkata, sikap obsesi dan keghairahan kelompok tersebut yang menganggap kejayaan dan kepintaran hanya boleh dicapai dengan penguasaan bahasa Inggeris adalah salah.
"Saya tidak mewakili pendapat yang mahu mengurangkan (penguasaan) bahasa Inggeris, tetapi saya juga tidak mewakili sikap yang mempunyai fobia terhadap bahasa sendiri. Saya ingin mengingatkan mereka ini terlalu taasub dengan bahasa Inggeris. Mereka mungkin dibesarkan di London, tetapi saya ingatkan mereka, hidup mereka di Malaysia, mereka mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hazami Jahari. Hadir sama Sasterawan Negara, Datuk Zurinah Hassan dan Datuk Rahman Shaari. Anwar berkata, pelbagai kaum di negara ini seharusnya melupakan pertelingkahan mengenai bahasa sebaliknya menguatkan iltizam dan mengambil satu pendirian serta komitmen untuk mememperkasakan bahasa Melayu.
"Apabila ini dilakukan, kita akan lebih mudah memberi penumpuan kepada pemerkasaan bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain," katanya. Beliau juga berkata, pemerkasaan ekonomi sesebuah negara juga perlu seiring dengan pemerkasaan budaya dan tamadun termasuk bahasa, seni dan sastera. Katanya, Kerajaan Madani di bawah pimpinannya akan terus komited dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu tanpa meminggir bahasa-bahasa lain.
"Dikatakan Kerajaan Madani meminggirkan bahasa (Melayu), tetapi di mana sebenarnya peminggiran itu?. Tumpuan kita berikan kepada DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) dan pendidikan, ketimbang tahun-tahun sebelumnya, jelas sekarang peruntukan dan ruang lebih diberikan," katanya. Sementara itu, pada majlis sama Anwar turut menyampaikan anugerah Ikon Bahasa kepada tiga penerima iaitu penyanyi lagu-lagu rakyat Roslan Madun, pengacara Ahmad Fetri Yahya dan penyanyi etnik kreatif, Hazwan Hazif Rosebi.
Selain itu beliau turut menyampaikan pemenang Hadiah Karya Ilimiah kepada dua penerima iaitu Prof Shamsul Bahari Abdul Razak melalui buku Kelulutologi: Merungkai Misteri Kelulut Alam dan Kehidupan Manusia dan Dr Nafishah Mat Rabi melalui karya Rawatan Alternatif Untuk Kanak-Kanak Autistik. Kesemua penerima menerima wang tunai dan sijil penghargaan.
Perangai Bergantung pada Diri Sendiri
Perangai Bergantung pada Diri Sendiri merupakan naskhah terakhir Za‘ba yang membicarakan punca orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak aspek kehidupan. Melaluinya, Za‘ba menyimpulkan, kelemahan sahsiah merupakan punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Bagi Za‘ba, orang Melayu lemah kerana mereka tidak mempercayai kebolehan sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu bergantung harapan kepada orang lain. Katanya, orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Perangai Bergantung pada Diri Sendiri tidak diajukan oleh Za‘ba kepada mana-mana penerbit semasa hayatnya; sebaliknya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka lapan tahun selepas pemergiannya menghadap Ilahi. Mungkin Za‘ba berbuat begitu kerana sedar bahawa orang Melayu sukar menerima pandangannya yang kritikal.
Buku ini berfokus pada perangai orang Melayu yang paling dibenci oleh Za‘ba, iaitu terlalu bergantung kepada orang lain. Daripada perangai ini lahir sikap lain seperti tidak mahu berfikir sendiri dan tidak mahu menggunakan ilmu pengetahuan yang dapat meningkatkan ilmu mereka. Mereka lebih suka hidup tanpa berfikir walaupun sikap ini membawa akibat-akibat yang merugikan diri sendiri. Perangai Bergantung pada Diri Sendiri ini terbahagi kepada dua risalah, iaitu “Perangai Bergantung pada Diri Sendiri” dan “Kebajikan dan Kejahatan”. Terdapat empat bab dalam risalah “Perangai Bergantung pada Diri Sendiri”, iaitu: “Wajibnya bagi Mendapat Kejayaan”, “Kekurangan Kita dalam Sifat Ini”, “Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama”, dan “Bersendiri pada Ilmu dan Amalan”.
Sabtu, Oktober 05, 2024
Proses Pemuliaan (Pelupusan) Al-Quran dan Kitab Agama
Tengah hari tadi mewakili pihak surau selesai menyerahkan 20 naskhah al-Quran yang telah rosak kepada Attin Press Sdn. Bhd. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pemuliaan (pelupusan) al-Quran dan kitab agama dengan kaedah tanpa bakar (Deinking). Sekiranya ada mana-mana yang memerlukan perkhidmatan ini, hubungi www.attinpress.com.my
Zikir Walk @BBSA
Pagi ini menyertai acara 'Zikir Walk' anjuran Surau At-Taqwa sempena Karnival Mini BBSA Cintai Rasul. Ada acara lain selepas ini seperti pertandingan selawat, pertandingan mewarna, pemberian kurta percuma dan perkhidmatan pelupusan al-Quran lama. Malam ini juga ada ceramah khas Ustaz Muhammad b. Abdullah (Ustaz Amin)
Kumpulan Beyond
Pada tahun 1994 dulu, aku pernah membeli kaset kumpulan Beyond yang pada masa itu, ahli kumpulan tersebut hanya tinggal tiga orang setelah kematian salah seorang anggotanya, Wong Ka Kui. Album tersebut merupakan satu album yang didedikasikan kepada Wong Ka Kui. lain-lain anggota yang tinggal ialah Wong ka Keung, Yip Sai Wing dan Paul Wong
Jumaat, Oktober 04, 2024
22 juta rakyat Malaysia suka membaca
Utusan Malaysia – 4 Okt 2024
ShaeKUALA LUMPUR: Sebanyak 69.9 peratus atau
21.27 juta rakyat Malaysia meminati membaca pelbagai bahan bacaan untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan. Merujuk kepada Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia
2022/2023 didapati rakyat Malaysia membaca sekurang-kurangnya dua naskhah pada
tahun 2005, 15 naskhah pada tahun 2014 dan terkini adalah 24 naskhah pada tahun
2023.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Dagang berkata, penemuan ini merupakan indikator positif ke arah pembentukan masyarakat berpengetahuan tinggi, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Menurut beliau, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2023 mendapati dapati bahawa 69.9 peratus rakyat Malaysia membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
“Selain itu, kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia gemar membaca di kedai buku dengan 57.7peratus dan di restoran atau kafe siber sebanyak 24.5 peratus. Sehubungan dengan itu, saya menggesa agar lebih banyak pusat membeli-belah menyediakan ruang membaca serta memperbanyakkan kedai buku di dalam pusat membeli-belah bagi memenuhi minat dan keperluan pembaca.
“Sebagai contoh,
BookXcess di Pusat Beli-Belah MyTown ini telah menjadi tarikan utama golongan
muda,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibaca oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad ketika merasmikan Karnival Baca Perdana 2024 di Pusat Beli Belah MyTown, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Saraswathy A/P Kandasami dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Puan Salasiah Abdul Wahab.
Karnival Baca Perdana kali ini bertemakan Tema “Perpaduan dalam Pembacaan” kerana buku dan bahan bacaan menjadi jambatan yang menghubungkan individu, memupuk perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Tambah Aaron, sebanyak 33,366 judul atau 140,448 naskhah buku fizikal telah diterima oleh Perpustakaan Negara Malaysia melalui serahan di bawah Akta 331 pada tahun 2022 hingga 2023.
“Sebanyak 27,972 International Standard Book Number (ISBN) bagi penerbitan buku fizikal di mana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 50.06 peratus atau 9,332 permohonan berbanding tahun 2022. Oleh itu, dapatan data ini menunjukkan bahawa industri penerbitan negara khususnya penerbitan buku fizikal masih relevan dan mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pembaca serta dilihat terus kekal relevan walaupun persekitaran media elektronik sedang menguasai kehidupan pada masa kini,” katanya.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/10/22-juta-rakyat-malaysia-suka-membaca/
Band berpecah punca muzik rock Malaysia tenat
Band
berpecah punca muzik rock Malaysia tenat
Utusan
Malaysia – 2 Oktober 2024
PETALING
JAYA: Penyanyi rock legenda, Datuk Awie berpendapat,
perpecahan beberapa band popular memberi kesan terhadap kelangsungan industri
muzik rock di Malaysia. Awie yang juga vokalis kumpulan Wings merasakan situasi
tersebut telah merugikan banyak bakat hebat selain menyifatkan muzik rock di
Malaysia sebagai tenat.
“Perpecahan
band daripada satu menjadi tiga tidak bagus untuk industri seni. Tapi saya
faham juga sukar untuk kita selesaikan masalah itu kerana ia melibatkan hal
peribadi. Apabila perkara ini terjadi, masa dan bakat hebat mereka akan
dipersiakan.
“Selain mencari keuntungan dalam perniagaan, kita juga mencari
silaturahim. Sebab itu saya mahu adakan konsert yang boleh membantu ketengahkan
band bagus yang tiada kesempatan untuk tonjolkan kebolehan mereka,” katanya.
Awie ditemui Utusan Malaysia ketika
mengulas mengenai semangat muzik rock yang semakin malap di Malaysia beberapa
tahun kebelakangan ini. Seperti band lain yang dilanda ujian, Awie atau Ahmad
Azhar Othman, 55, mendedahkan Wings pernah berhadapan dengan situasi tegang
yang hampir menyebabkan perpecahan.
“Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang hal orang lain,
saya hanya mahu bercakap mengenai diri saya. Dalam Wings sendiri pernah berlaku
perpecahan yang orang lain tidak tahu apa masalahnya. Kami tidak bercerita
tentang perkara ini kepada umum dan tidak mahu pun orang tahu tentang masalah
kami. Apa yang terjadi, kami selesaikan sendiri dan Alhamdulillah bakat, keluh,
kesah, keringat kami berlima semuanya kami hargai.
“Kamu mahu capai matlamat. Insya-Allah doakan agar kami kekal
sampai ke satu tarikh yang dipastikan (untuk berpisah),” jelasnya ketika
ditemui di majlis sidang media Rock Warrior Music Festival, di Menara PKNS
baru-baru ini.
Ditanya mengenai rahsia yang membuatkan Wings bertahan sehingga
hampir 40 tahun, Awie menekankan sikap saling menghormati antara rakan
sepasukan adalah kunci kejayaan.
“Hormat antara satu sama lain sangat penting. Kalau saya ada
kebolehan berlakon, mereka hormat dan beri ruang berkarya. Begitu juga dengan
Eddie yang boleh terbitkan muzik. Tapi kami semua ingat bahawa muzik adalah
kerjaya utama kami berlima untuk cari makan. Kami semua kena hadir beri masa
untuk latihan.
“Bukan hanya kerana saya penyanyi band, saya seorang boleh makan. Ini kerja berlima,” tambahnya. Dalam perkembangan lain, menerusi Produksi Rumah Merah, Awie bakal mengadakan Rock Warrior Music Festival yang akan menghimpunkan band rock tanah air pada 23 dan 24 November di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/10/band-berpecah-punca-muzik-rock-malaysia-tenat/