Isnin, Mac 31, 2025

Ketahui 10 adab ini ketika ziarah Aidilfitri

Foto ihsan Harian Metro 

1. Ikhlaskan diri kerana Allah

Ini berdasarkan hadis baginda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya setiap perbuatan ini bermula dengan niat dan bagi setiap orang dengan apa yang diniatkannya”.

[Bukhori: 1] Maka dengan niat kerana Allah di dalam ziarah hubungan yang renggang akan pulih, kasih sayang yang pudar akan kembali bersinar dan sifat yang buruk akan bertukar menjadi baik. Ini kerana dengan keikhlasan diri maka bersama kehadiran kita itu akan menjemput rahmat Allah.

2. Meminta izin untuk hadir dan memberikan salam sebelum masuk ke rumah
Sebelum kunjungan dibuat, Islam meminta kita supaya meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah. Ini bagi mengelakkan kesulitan kepada tuan rumah untuk menyediakan sesuatu hidangan dan supaya tidak membebankan mereka daripada sudut waktu yang mungkin sudah mempunyai perancangan tersendiri.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur ayat 58 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu).

Ahad, Mac 30, 2025

Pak Anjang Mohamad Zeher Meninggal dunia



Pak Anjang Mohamad Zeher meninggal dunia pada malam ini (malam raya) akibat sakit kanser yang kritikal di Hospital Pulau Pinang. Arwah akan dibawa balik ke Kuala Nerang (keluarga isteri) untuk dikebumikan di sana. 

Semoga Allah merahmati arwah Pak Anjang.

29 Ramadan 1446 (Malam Raya)

Salam Aidil Fitri 1446H (2025)

 

Sabtu, Mac 29, 2025

Kad Raya Masa Hari Raya

 

Foto ihsan Harian Metro 

Jumaat, Mac 28, 2025

Pejabat Pos Tertua di Malaysia

Pejabat Pos Taiping, Perak - 1885 
(Foto-foto ihsan FB Taiping News & History by Razeen Skymmar)

Pejabat Pos Kuala Kangsar, Perak - 1916

Pejabat Pos Kedua Ipoh, Perak - 1896

Pejabat Pos Batu Gajah, Perak - 1886
Pejabat Pos Beach Street, Georgetown, Pulau Pinang 
Pejabat Pos Pertama Alor Setar, Kedah
Pejabat Pos Batu Pahat, Johor
Pejabat Pos Pudu sekitar tahun 1972
Pejabat Pos Teluk Intan - 1890an
Pejabat Pos Jalan Bagan Luar, Butterworth
Pejabat Pos Beruas, Perak (Foto ihsan opencity)
Pejabat Pos Kampar, Perak (1900) (Foto ihsan Kampar Story)
Pejabat Pos Tapah, Perak (Foto ihsan Orange Box)
Pejabat Pos Lenggong, Perak (Foto ihsan Blog Koleksi Pak Mat Tahir)
Pejabat Pos Besar Melaka - 1920an (Foto ihsan GoHeritage Melaka)
Pejabat Pos Jugra, Selangor - 1900an (Foto ihsan Blog: https://akubudaktelok64.blogspot.com/2020/03/sejarah-pejabat-pos-di-banting-dan.html)
Pejabat Pos Kota Bharu, Kelantan - 1907 (Foto ihsan FB Pencinta Sejarah Kelantan)
Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu, Selangor - 1930an (Foto ihsan Flickr Ahmad Fuad bin Morad)
Pejabat Pos Malim Nawar, Perak (Foto ihsan FB kampung Malim Nawar)
Pejabat Pos Gopeng, Perak (Foto ihsan opencity)
Pejabat Pos Tanjung Malim (Sudah dirobohkan dan menjadi bangunan Telekom sekarang) 
(Foto: Domain Awam)
Pejabat Pos Johor Bahru 1905-1906
(Foto: FB Persatuan Bangsa Johor)
Pejabat Pos Jerantut yang lama (Dibina sekitar 1937) (Foto: https://anuanakpahang.blogspot.com)
Pejabat Pos Jalan Panggong, Kuala Lumpur (1911)
(Rujukan: https://online.fliphtml5.com/szdgj/vggj/#p=10)
Pejabat Pos Besar Lama Kuala Lumpur (1907). Sekarang berada di Kompleks Dayabumi. Pejabat pos di Kuala Lumpur yang pertama dibina pada tahun 1889 bersebelahan dengan stesen keretapi pertama (1886)
(Foto: https://britishmalaya.home.blog/2019/05/19/the-old-general-post-office-kuala-lumpur-1907)
Sumber lain: https://www.abhubback.com/generalpostofficekl
Pejabat Pos Jesselton, Sabah (1918) (Foto: FB North Borneo Philately)
Pejabat Pos Kajang (1910an) (Foto: FB 446)

Khamis, Mac 27, 2025

Fakulti Sains Maklumat UiTM

 

Sumber: FB Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (18 Mac 2025)

Syukur alhamdulillah setelah perjuangan demi perjuangan diusahakan maka kini kembali kepada fakulti dengan nama baharu, Fakulti Sains Maklumat. Sebelum ini dikenali sebagai:

Jabatan Sains Perpustakaan, Kajian Pentadbiran Awam dan Undang-undang

Kajian Sains Perpustakaan

Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat

Fakulti Pengajian Maklumat

Fakulti Pengurusan Maklumat

Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik 

Rujuk hantaran tahun 2022

Rabu, Mac 26, 2025

Zakat Fitrah 2025

 

Anatomy of a Skilled Library Worker

 


Sumber: https://www.ebsco.com/blogs/novelist/top-traits-skilled-library-worker

Ramadan di Masjid Negeri Shah Alam


Malam tadi seusai sembahyang teraweh di surau kejiranan kami, pergi ke Masjid Shah Alam sekitar jam 10.14 malam untuk ambil anak sulung yang berbuka puasa dengan rakan sekolahnya. Orang ramai kelihatan pulang setelah menunaikan sembahyang taraweh di malam ke-25.

Selasa, Mac 25, 2025

Penetapan Sasaran Wira SPM 2025


Pagi ini hadir ke Program Penetapan Sasaran Wira SPM 2025 di Seksyen 2, Shah Alam. Dijangkakan peperiksaan SPM tahun ini akan bermula pada bulan November. Manakala, percubaan SPM akan diadakan pada bulan Ogos.

25 Mac 2025

Librarian and Outcome

 

Foto ihsan Amazon.com 

Isnin, Mac 24, 2025

From Bookworms to Byteworms


From Bookworms to Byteworms

The Sun 11 March 2025, pg. 10
"Reading fosters critical thinking, problem-solving skills and empathy, which are essential for personal development and societal harmony"

Ahad, Mac 23, 2025

Evolusi Penanda Buku Getah

 

Foto ihsan TEMU 

Sabtu, Mac 22, 2025

Amy Search Magic - Konsert Solo Pertama

 

Poster ihsan WowTix

Foto ihsan BERNAMA

Jumaat, Mac 21, 2025

Perpustakaan perlu sedia ruang, aktiviti tingkat kesihatan mental


Perpustakaan perlu sedia ruang aktiviti tingkat kesihatan mental

BH 20 Mac 2025, ms. 13
"Perpustakaan bukan sekadar pusat ilmu dan rujukan, malah berperanan sebagai ruang sokongan bagi individu yang memerlukan ketenangan, refleksi diri serta keseimbangan emosi"

Bersama Malaysia: Microsoft AI For All

 

Khamis, Mac 20, 2025

123 Tips Komunikasi Berpengaruh

 


Hari ini berkesempatan menelaah buku yang baru diterima iaitu:

123 Tips Komunikasi Berpengaruh
Rizal Rashid
ISBN: 9789671568606
Neuronworks International Sdn. Bhd.
https://rizalrashid.com

Contoh tip paling mudah:
No. 17 - Cara untuk memulakan perbualan yang paling mudah adalah dengan cara memuji + tanya soalan.

11 Mac 2025

#komunikasi

Rabu, Mac 19, 2025

Majlis Berbuka Puasa di Istana Windsor

 

Foto ihsan Acacia Diana 

Foto ihsan Internet

LONDON – Sebuah majlis berbuka puasa diadakan di dalam dewan di Istana Windsor, Berkshire kira-kira 40 kilometer dari London, lapor portal berita GB News semalam.

Pemerintah England, Raja Charles III menyokong majlis itu, kata sumber, manakala lebih 360 tetamu beragama Islam berkumpul di Dewan St George untuk berbuka puasa.

Majlis itu menandakan detik bersejarah bagi istana diraja apabila umat Islam berbuka puasa di dewan yang biasanya dikhaskan untuk jamuan khas.

Ia adalah majlis berbuka puasa pertama diadakan di dalam dewan tersebut.

Majlis itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadan (RTP). Ia merupakan sebuah badan kebajikan di United Kingdom (UK) dengan sokongan daripada pertubuhan amal yang menjaga koleksi diraja, Royal Collection Trust. – AGENSI

Sumber Berita: KOSMO