Dapat hadiah cabutan bertuah
Hari ini hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam yang dijalankan pada bulan Ramadan.Mesyuarat ini penting bagi mendapatkan sokongan bagi bayaran sumbangan PIBG dan bayaran program kecemerlangan Darjah 5 dan 6 daripada ibu bapa sekalian. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir bagi pakcik hadir ke mesyuarat seumpama ini disebabkan anak sudah berada di darjah 6. Pakcik hadir ke setiap mesyuarat PIBG di SRAI DMYS ini semenjak anak pakcik yang sulung mula bersekolah di sini dahulu pada tahun 2015. Kemudiannya, anak pakcik yang kedua turut bersekolah di sini juga.
Jika dikira semua sekali ada 11 kali pakcik hadir ke mesyuarat PIBG di SRAI DMYS bermula tahun 2015 sehingga 2025. Berikut adalah tarikh-tarikh mesyuarat tersebut:
14 Feb 2015
21 Feb 2016
5 Mac 2017
11 Mac 2018
2 Mac 2019
7 Mac 2020
10 April 2021
25 Jun 2022
17 Jun 2023
22 Mei 2024
15 Mac 2025
Untuk tahun 2025, ini merupakan kali pertama diadakan pada bulan Ramadan.
Ramadan Kareem.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan