Memaparkan catatan dengan label SPM 2025. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPM 2025. Papar semua catatan

Selasa, Mac 31, 2026

Keputusan SPM 2025


Foto janaan Copilot

SPM 2025 merupakan peperiksaan utama bagi pelajar Tingkatan 5 yang menjadi penentu masa depan akademik mereka, dengan keputusan dijadualkan diumumkan pada 31 Mac 2025. Menariknya, kumpulan calon SPM 2025 ini ialah generasi pertama yang tidak pernah menduduki UPSR pada tahun 2020, selepas pemansuhan peperiksaan tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini menjadikan mereka unik kerana perjalanan akademik mereka berbeza daripada generasi sebelumnya, bermula dengan penekanan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah rendah dan berakhir dengan SPM sebagai satu-satunya peperiksaan besar. Justeru, keputusan SPM 2025 bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi juga simbol peralihan sistem pendidikan negara yang menekankan pembelajaran berasaskan kemahiran dan penilaian holistik.

#SPM2025 #BatchNoUPSR2020

Jumaat, Oktober 24, 2025

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat SPM 2025

Saudara Aiman

Petang ini hadir ke Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Pelajar SPM 2025 anjuran SMK SSAAS yang diadakan di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam. Acara bermula jam 6.15 petang sehingga selepas Isyak. Ada juga pengisian motivasi antara waktu senggang maghrib dan isyak oleh Saudara Aiman.

24 Okt 2025

Selasa, Mac 25, 2025

Penetapan Sasaran Wira SPM 2025


Pagi ini hadir ke Program Penetapan Sasaran Wira SPM 2025 di Seksyen 2, Shah Alam. Dijangkakan peperiksaan SPM tahun ini akan bermula pada bulan November. Manakala, percubaan SPM akan diadakan pada bulan Ogos.

25 Mac 2025