Sabtu, Mei 31, 2025

Kasut Carefree

 

Foto ihsan Internet 

Kasut Carefree buatan China ini sememangnya satu jenama kasut yang tahan lasak. Ianya sesuai untuk apa sahaja aktiviti, main takraw, naik motor, joging dan lain-lain. Masa sekolah dulu, inilah jenama kasut yang glamer selain daripada Warrior. Pakcik sampai hari ini masih pakai kasut jenama Carefree sebab kekuatan fabrik dia. 

Jumaat, Mei 30, 2025

Speak Out! - No Smoking

 

Infografik ihsan KKM

Khamis, Mei 29, 2025

Keluarga P Ramlee


Hari ini 51 tahun yang lalu, seniman agung, Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia.

Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh @ Ramli bin Puteh lahir pada 22 Mac 1929 di Georgetown, P. Pinang. Bersekolah di Sekolah Melayu Kg. Jawa (kini SK P. Ramlee) seterusnya Sekolah Francis Light & kemudian di Penang Free School hingga meletus Perang Dunia II.

Pada 1947, beliau menjuarai pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya di mana beliau menggunakan nama P. Ramlee. Bakatnya kemudian dikesan pengarah B.S. Rajhans yang menjemputnya menyertai Malay Film Productions (MFP) sebagai penyanyi latar.

Filem "Chinta" (1948) menjadi filem pertama lakonannya di samping menyumbangkan suara. Karier muziknya semakin berkembang apabila menjadi penyanyi utama orkestra Radio Malaya, juga karier lakonannya apabila mula menjadi bintang utama filem-filem MFP.

Pada 1955, beliau mengarahkan filem pertamanya, "Penarek Becha" di mana beliau turut menjadi bintang utama & pencipta lagu untuk filem tersebut. Sejak itu, beliau terus melakar nama selaku pelakon, penyanyi, penulis & penggubah lagu serta pembikin filem Melayu.

Filem "Anak-ku Sazali" (1956) mengangkat P. Ramlee di mata dunia apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia ke-4 di Tokyo. Pada FFA ke-10 pula, beliau diangkat sebagai “Most Versatile Talent” menerusi filem arahannya “Ibu Mertua-ku.”

Selepas mengarahkan 17 filem Studio Jalan Ampas, Singapura, beliau berpindah ke Studio Merdeka (kini pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, FINAS) di Kuala Lumpur pada 1964. Di situ beliau mengarahkan lagi 18 filem, bermula dengan “Sitora Harimau Jadian” & terakhir sekali “Laksamana Do Re Mi” (1972).

Pada pagi Selasa 29 Mei 1973, P. Ramlee menghembuskan nafas terakhirnya di usia 44 tahun akibat serangan jantung & disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, KL. Sepanjang hayatnya, beliau membintangi hampir 70 filem, mengarahkan 35 daripadanya & mencipta kira-kira 1,000 lagu.

Gambar: Foto terakhir P. Ramlee, diambil 8 hari sebelum beliau meninggal dunia.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, P. Ramlee: Erti Yang Sakti (Ahmad Sarji, 1999), Kelab Peminat P. Ramlee

by Astro Awani 

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Foto ihsan Internet

Foto ihsan Internet
Foto ihsan Internet

Pi mai pi mai tang tu
Kaki maik kematu
Pi mai pi mai tang tu
Tongkat dagu gigit kuku
Komik ini karya Imuda sempena 40 tahun sitcom Pi mai pi mai tang tu sejak ianya dimulakan pada tahun 1983. Pada awal penerbitannya, tajuknya dikenali sebagai N(T), Syyy!.... dan Kampung Seri Wangi. Sitcom ini merupakan siri wajib tonton ketika 1990an. Ianya memaparkan budaya majmuk yang meliputi semua kaum di Malaysia.
Sitcom ini sudah pasti menjadi nostalgia kepada sebahagian rakyat Malaysia pada hari ini
20 Mei 2025

Rabu, Mei 28, 2025

Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil

 


UPSI, Arkib Negara Malaysia kumpul Diari Pengetua 1900-1977, calonkan 'Memory of the World'


Berita Harian - 16 Mei 2025

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Arkib Negara Malaysia sedang mengumpul artifak berupa dokumen Diari Pengetua dari tahun 1900 hingga 1977 yang berpotensi dicalonkan sebagai Memory of the World (MoW) di bawah UNESCO (United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization).

Pengarah Institut Peradaban Melayu (IPM) UPSI, Prof Dr Tajul Shuhaizam Said berkata dokumen berkaitan adalah Diary College Malacca (1900-1922) dan Principal'S Diary Sultan Idris Training College (1922-1950, 1951-1977).

Dokumen berkenaan, katanya, adalah rekod harian rasmi pentadbiran salah satu institusi pendidikan terawal dan terpenting dalam sejarah Tanah Melayu dan Asia Tenggara, malah menjadi dokumen terpenting dalam mengkaji perkembangan pendidikan di Nusantara sejak tahun 1900.

Selasa, Mei 27, 2025

Keperluan 'Reskilling'

 

Ihsan A1 Office (Facebook)

Isnin, Mei 26, 2025

Early Photos of The Beatles

 

Foto ihsan Internet 

Ahad, Mei 25, 2025

Gitar-gitar The Beatles


Foto ihsan www.behance.net

Sabtu, Mei 24, 2025

The US Library of Congress is under attack

 

William Henry Jackson/Wikimedia Commons

Library of Congress, Thomas Jefferson Building, Washington, D.C., circa 1902.

Read article in Financial Times

Jumaat, Mei 23, 2025

Keris Taming Sari


Tahun 1528 - Suka duka perjalanan Keris Taming Sari penuh dengan konflik dan tragis. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis, Sultan Mahmud Shah membawa keris ini bersama ke Kampar, Sumatera. Sebelum mangkat, Baginda mengurniakan Keris Taming Sari kepada putera Baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak untuk menubuhkan kerajaan di sana pada tahun 1528. Keris Taming Sari yang sebenar inilah masih diwarisi dan digunakan dalam istiadat kebesaran Di-Raja Perak sehingga kini.

Keris Taming Sari merupakan sebilah keris yang digunakan oleh Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keseluruhan sarung keris tersebut diselaputi dedaun emas. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti ketika bertarung. Selain itu, pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia juga dikatakan berupaya terbang dan berlegar di udara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh melarikan diri.
Nama Taming Sari sebenarnya adalah seorang pahlawan Jawa. Taming Sari telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada iaitu Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Sari memasuki Istana, kemudian mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ bangkit bertarung dan berjaya membunuh Taming Sari. Keris Taming Sari jatuh ke tangan Hang Tuah dan dipersembahkan kepada Seri Betara Majapahit. Lalu Baginda menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana di atas jasanya membunuh Taming Sari.
Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, juga dari Majapahit. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula keris tersebut dengan menggunakan ilmu sakti. Keris ini juga pernah digunakan oleh Hang Jebat sewaktu menentang Hang Tuah. Semasa bertarung, Hang Tuah telah merampas Keris Taming Sari dari Hang Jebat lantas menikam Hang Jebat lalu maut.
Dalam kisah Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah berasa malu untuk menghadap Sultan Melaka kerana gagal meminang Puteri Gunung Ledang untuk dijadikan suri Baginda. Oleh sebab itu, Hang Tuah mengirim dan mempersembahkan Keris Taming Sari kepada Baginda.
Sumber: Harian Metro & Facebook Jagat Impak

Khamis, Mei 22, 2025

Huawei Ox Horn Campus

Location: Songshan Lake, Dongguan, China
Photos: Internet

Rabu, Mei 21, 2025

Pengasas Bahulu Masri Sekinchan


Bahulu Masri Sekinchan

"Banyakkan bersedekah" 

Hari ini diizinkan oleh Allah dapat bersua dengan Pengasas Perusahaan Bahulu Masri Sekinchan iaitu Haji Punari@Zainudin Salleh di Wisma Masri, Parit 7, Sekinchan. Beliau berkongsi sedikit pengalaman dalam mengusahakan perniagaan semenjak tahun 1990an dahulu sehingga sekarang. Beliau mengatakan bahawa amalan bersedekah itu dijadikan amalannya selama mana beliau berniaga.
Di situ juga berbual dengan salah seorang pengusaha kerepek dari Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Beliau membekalkan kerepek ke Sekinchan.

Di kedainya tersedia makanan dan minuman untuk dinikmati oleh pengunjung-pengunjung yang datang setiap hari.

Info Lanjut: MHP ENTERPRISE SDN BHD
LOT 14191, PARIT 7 SUNGAI LEMAN, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03- 3241 3957
Facebook: https://www.facebook.com/mhp.masri
11 Mei 2025

Selasa, Mei 20, 2025

Minyak Hitam Motor

Minyak hitam motor
Pakcik pi kerja naik motor ja. Setiap dua bulen tukar minyak hitam. Selalu pi kedai Izdi Motor kat Seksyen 7 ni ja.
10 Mei 2025

Isnin, Mei 19, 2025

CROMOK - Fallen Heroes

Cromok - Fallen Heroes (2025)
Sumber: Karl Cromok
Semoga Allah merahmati arwah Din (guitar) dan Miji (drum)

Ulasan Buku: Maxwell Hill: Tersingkap Rahsia Gelap



Maxwell Hill: Tersingkap Rahsia Gelap
Naim Tamdjis 
9789671865552
Mangosteen Books, 2025

Pada 4 Mei 2025 yang lalu, kami berkunjung ke kedai buku Popular di Aeon Mall Shah Alam. Ini merupakan rutin biasa apabila hujung minggu. Anak-anak suka pergi ke kedai buku untuk mencari bahan bacaan kesukaan terutamanya komik. Sedang berjalan memerhatikan buku-buku yang dipamerkan, terpandang satu novel yang menarik perhatian - tajuknya 'Maxwell Hill'. Kalau Maxwell Hill ni mestilah berkaitan dengan Taiping, kampung halamanku. Bila baca sedikit isi kandungannya, maka betullah tekaanku. Tanpa membuang masa, terus ambik satu naskhah novel tersebut dan bawanya ke kaunter bayaran. Kalau ikutkan sudah lama tidak membeli novel. Sebelum ini ada beli novel 'Imam', 'Ayahanda' dan satu novel diperolehi secara percuma iaitu 'Ruyup'.

Novel Maxwell Hill kalau diikutkan ianya berbentuk aksi dan misteri. Dahulukala semasa di sekolah rendah selalu membaca novel Hardy Boys, Alfred Hitchcock, Nancy Drew dan Enid Blyton. Antara tajuk-tajuk yang masih diingati seperti Misteri Azimat Senoi, Misteri Tengkorak Hidup dan Misteri Jam Menjerit. Novelnya sangat menarik sehinggakan boleh habiskan dalam masa beberapa jam. 

Jalan cerita novel Maxwell Hill lebih kurang sama jalan cerita dengan novel-novel tersebut. Novel ini telah habis khatam pada 7 Mei 2025 dan ianya berakhir dengan kesudahan yang tragis dan mungkin ada sambungan siri kedua kerana ada wataknya yang masih belum diketahui kesudahannya. 

 

Sinopsis:

Empat sahabat lama—Zyhir, Hadrah, Eman, dan Fendi—bercuti di Bukit Maxwell, sebuah kawasan peranginan lama di Taiping yang penuh dengan sejarah dan misteri. Percutian mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kejadian aneh berlaku:

 

Zyhir menerima surat misteri di gazebo.

Hadrah menemui sekuntum bunga ros hitam di bilik tidurnya.

Eman terlihat kelibat pasangan berpakaian zaman kolonial.

Fendi berkenalan dengan gadis Inggeris misteri bernama Sophia.

 

Tidak lama kemudian, mereka semua dilaporkan hilang. Tan Sri Akhar, bapa kepada Fendi, mengupah Hawk. Seorang bekas komando untuk mengetuai misi mencari dan menyelamat. Hawk bekerjasama dengan Raiqal, seorang tracker yang gemar bergerak solo; dan Wak Kasorgi, seorang dukun tradisional yang percaya keempat-empat sahabat itu telah disorok oleh orang bunian.

Misi tersebut membawa mereka ke dalam hutan tebal Bukit Maxwell lalu rahsia gelap kawasan itu mula terbongkar.

 

Ada unsur-unsur balas dendam, iri hati, cemburu, sadis, misteri, psycho dan cabaran. Apa terjadi kepada Haris dan isterinya, Suzanne?

 

Seterusnya, apa terjadi kepada Pak Murad?

 

 

Sumber: Mangosteen Books

Ahad, Mei 18, 2025

Pemimpin Yang Bagus

 

Sabtu, Mei 17, 2025

Jom Wakafkan Harta kepada MAIPk

SERUAN KEPADA UMAT ISLAM NEGERI PERAK UNTUK MEWAKAFKAN HARTA KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

Susulan isu Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai, yang sebahagian tanahnya telah dijual kepada individu bukan Islam, pihak MAIPk menyeru masyarakat Islam di negeri Perak mengambil iktibar dan segera mendaftarkan wakaf kepada MAIPk.
Mengambil maklum saranan YAB Menteri Besar Perak, merangkap Exco Agama Negeri Perak, pihak MAIPk menyeru semua pewakaf, termasuk jawatankuasa masjid, surau, sekolah agama rakyat, dan jawatankuasa tanah perkuburan, agar mewakafkan aset-aset wakaf kepada MAIPk.
Berdasarkan semakan MAIPk, masih terdapat hartanah wakaf dalam bentuk tapak, tanah, dan bangunan yang belum disempurnakan proses pewakafan kepada MAIPk selaku pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Perak.
Pendaftaran wakaf kepada MAIPk merupakan kewajipan yang jelas di bawah Seksyen 7 Enakmen Wakaf (Perak) 2015, yang memperuntukkan bahawa setiap wakaf hendaklah didaftarkan dengan segera atas nama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak dalam bentuk atau cara yang ditetapkan oleh MAIPk.
Pendaftaran wakaf kepada MAIPk bertujuan mengelakkan sebarang tuntutan pihak ketiga ke atas tanah wakaf pada masa akan datang, seperti yang berlaku dalam isu ini. MAIPk berharap masyarakat Islam di negeri Perak, terutamanya individu, pihak masjid, surau, sekolah agama rakyat, dan jawatankuasa tanah perkuburan, menyedari kepentingan mendaftarkan aset wakaf secara rasmi kepada MAIPk bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.
Sebarang pertanyaan berkenaan pewakafan hartanah dan aset kepada MAIPk boleh diajukan ke talian Hotline Bahagian Wakaf, MAIPk: 019-4001094.

Laman web: https://wakafperak.gov.my
JOM BERWAKAF KEPADA MAIPk.

Jumaat, Mei 16, 2025

Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

 

Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Don't switch off your brain for AI, experts warn

Sumber: The Star

AI ni sebagai rujukan sahaja. Kita manusia perlu berfikir.

The Star 5 Mei 2025, ms. 6
"Kita boleh bergantung pada AI, cuma jangan tinggalkan yang asas. Perlu membaca, belajar dan berfikiran kritis, baru boleh memanfaatkannya. Kebergantungan keterlaluan kepada AI membuatkan kita sudah tidak membaca buku kerana semua jawapan ada di Google tapi jawapannya hanya sekadar rumusan dan ringkasan” – PMX (Sinar Harian - 1 Nov 2024)