Foto ihsan KOSMO
Ar Hijjas Kasturi (1936-) (www.hijjas.com) menerima penganugerahan gelaran Profesor Emeritus daripada Universiti Teknologi MARA pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101 pada 7 Mei 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Anugerah disampaikan oleh Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Zarinah Anwar.
Penghargaan ini diberi atas jasa besar Hijjas yang menjadi pengasas 'School of Applied Arts' di Institut Teknologi MARA (kini UiTM) pada 1967 dan asas kepada penubuhan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) pada hari ini.
Beliau merupakan arkitek yang merekacipta rekabentuk bangunan:
Tabung Haji
Menara Telekom
Stadium Shah Alam
Hotel Movenpick Tabung Haji, Sepang
Menara Maybank, Kuala Lumpur
Menara Alor Setar, Kedah
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan