SERUAN KEPADA UMAT ISLAM NEGERI PERAK UNTUK MEWAKAFKAN HARTA KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)
Susulan isu Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai, yang sebahagian tanahnya telah dijual kepada individu bukan Islam, pihak MAIPk menyeru masyarakat Islam di negeri Perak mengambil iktibar dan segera mendaftarkan wakaf kepada MAIPk.
Berdasarkan semakan MAIPk, masih terdapat hartanah wakaf dalam bentuk tapak, tanah, dan bangunan yang belum disempurnakan proses pewakafan kepada MAIPk selaku pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Perak.
Pendaftaran wakaf kepada MAIPk merupakan kewajipan yang jelas di bawah Seksyen 7 Enakmen Wakaf (Perak) 2015, yang memperuntukkan bahawa setiap wakaf hendaklah didaftarkan dengan segera atas nama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak dalam bentuk atau cara yang ditetapkan oleh MAIPk.
Pendaftaran wakaf kepada MAIPk bertujuan mengelakkan sebarang tuntutan pihak ketiga ke atas tanah wakaf pada masa akan datang, seperti yang berlaku dalam isu ini. MAIPk berharap masyarakat Islam di negeri Perak, terutamanya individu, pihak masjid, surau, sekolah agama rakyat, dan jawatankuasa tanah perkuburan, menyedari kepentingan mendaftarkan aset wakaf secara rasmi kepada MAIPk bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.
Sebarang pertanyaan berkenaan pewakafan hartanah dan aset kepada MAIPk boleh diajukan ke talian Hotline Bahagian Wakaf, MAIPk: 019-4001094.
Laman web: https://wakafperak.gov.my
JOM BERWAKAF KEPADA MAIPk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan