Maxwell Hill: Tersingkap Rahsia Gelap
Naim Tamdjis
9789671865552
Mangosteen Books, 2025
Pada 4 Mei 2025 yang lalu, kami berkunjung ke kedai buku Popular di Aeon Mall Shah Alam. Ini merupakan rutin biasa apabila hujung minggu. Anak-anak suka pergi ke kedai buku untuk mencari bahan bacaan kesukaan terutamanya komik. Sedang berjalan memerhatikan buku-buku yang dipamerkan, terpandang satu novel yang menarik perhatian - tajuknya 'Maxwell Hill'. Kalau Maxwell Hill ni mestilah berkaitan dengan Taiping, kampung halamanku. Bila baca sedikit isi kandungannya, maka betullah tekaanku. Tanpa membuang masa, terus ambik satu naskhah novel tersebut dan bawanya ke kaunter bayaran. Kalau ikutkan sudah lama tidak membeli novel. Sebelum ini ada beli novel 'Imam', 'Ayahanda' dan satu novel diperolehi secara percuma iaitu 'Ruyup'.
Novel Maxwell Hill kalau diikutkan ianya berbentuk aksi dan misteri. Dahulukala semasa di sekolah rendah selalu membaca novel Hardy Boys, Alfred Hitchcock, Nancy Drew dan Enid Blyton. Antara tajuk-tajuk yang masih diingati seperti Misteri Azimat Senoi, Misteri Tengkorak Hidup dan Misteri Jam Menjerit. Novelnya sangat menarik sehinggakan boleh habiskan dalam masa beberapa jam.
Jalan cerita novel Maxwell Hill lebih kurang sama jalan cerita dengan novel-novel tersebut. Novel ini telah habis khatam pada 7 Mei 2025 dan ianya berakhir dengan kesudahan yang tragis dan mungkin ada sambungan siri kedua kerana ada wataknya yang masih belum diketahui kesudahannya.
Sinopsis:
Empat sahabat
lama—Zyhir, Hadrah, Eman, dan Fendi—bercuti di Bukit Maxwell, sebuah kawasan
peranginan lama di Taiping yang penuh dengan sejarah dan misteri. Percutian
mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kejadian aneh berlaku:
Zyhir menerima surat misteri di gazebo.
Hadrah menemui sekuntum bunga ros hitam di bilik
tidurnya.
Eman terlihat kelibat pasangan berpakaian zaman
kolonial.
Fendi berkenalan dengan gadis Inggeris misteri
bernama Sophia.
Tidak lama kemudian, mereka semua dilaporkan
hilang. Tan Sri Akhar, bapa kepada Fendi, mengupah Hawk. Seorang bekas komando
untuk mengetuai misi mencari dan menyelamat. Hawk bekerjasama dengan Raiqal,
seorang tracker yang gemar bergerak solo; dan Wak Kasorgi, seorang dukun
tradisional yang percaya keempat-empat sahabat itu telah disorok oleh orang
bunian.
Misi tersebut membawa mereka ke dalam hutan tebal
Bukit Maxwell lalu rahsia gelap kawasan itu mula terbongkar.
Ada unsur-unsur balas
dendam, iri hati, cemburu, sadis, misteri, psycho dan cabaran. Apa terjadi
kepada Haris dan isterinya, Suzanne?
Seterusnya, apa terjadi
kepada Pak Murad?
Sumber: Mangosteen Books
Tiada ulasan:
Catat Ulasan