Isnin, Mei 12, 2025

Tun Dr Haji Ramli bin Ngah Talib

Sumber: UiTM 
Sumber: Internet

Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja Tun Dr. Haji Ramli bin Ngah Talib Dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Baharu

Tun Ramli Ngah Talib telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang ke-9, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025 bagi tempoh selama 4 tahun.
Ramli Ngah Talib, seorang tokoh berpengalaman luas dalam pentadbiran awam, dijangka membawa dinamisme baharu dalam memacu pembangunan negeri Pulau Pinang. Beliau menggantikan Yang Dipertua Negeri sebelumnya, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya.
Dengan pengalaman yang luas dalam kerjaya politik dan pentadbiran, Ramli Ngah Talib diharap dapat meneruskan legasi kecemerlangan serta memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Tan Sri Ramli berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-8 dari tahun 1982 hingga tahun 1999 dan juga merupakan bekas Yang DiPertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2008 serta Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Beliau juga merupakan pembesar Orang Besar Lapan Negeri Perak dan dikenali sebagai Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja.
Pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang akan disempurnakan dengan upacara rasmi di Istana Negara pada 1 Mei 2025.

Sumber: Orang Perak

Tiada ulasan: