Jumaat, Januari 23, 2026

Fenomena Konjungsi Tiga Jasad Alam (Smiley Face)

Foto ihsan FB Mir Hazil

Jangan Terlepas!

Pada 23 Januari 2026, langit malam akan menghadiahkan satu momen kosmik yang jarang berlaku dan menyenangkan hati.
Bulan akan melengkung lembut di bawah Saturn dan Neptune, membentuk rupa seakan emoji “tersenyum” di ruang langit Syaaban.
Fenomena ini dikenali sebagai konjungsi tiga jasad alam, apabila ketiga-tiga objek langit ini kelihatan sangat dekat antara satu sama lain dari sudut pandang kita di Bumi.
Susunannya pula mencipta satu pemandangan yang singnifikan.
Seolah-olah ada pesan, mahu mengingatkan.. mahu menyapa.. mahu hadiahkan senyuman. Miski kita sering abaikan pesan.
Jika langit cerah, luangkan sedikit waktu untuk mendongak melihat langit Syaaban.
Andai terizin, nikmati senyuman alam ini. Ia langka. Muncul sekali-sekala, menerangi kegelapan dengan cara yang sederhana tetapi penuh makna.
Wallahualam

Sumber: FB Mir Hazil

Tiada ulasan: