Apa itu ONSA 2025?
ONSA (Online Safety Act 2025) adalah merupakan akta yang digubal untuk melindungi pengguna daripada ancaman dan kandungan berbahaya dalam talian dengan mewajibkan platform digital melaksanakan langkah keselamatan yang lebih ketat.
Akta ini menetapkan tanggungjawab kepada platform digital seperti media sosial, perkhidmatan mesej, dan penyedia kandungan untuk memastikan kandungan yang merbahaya tidak tersebar, terutamanya yang berkaitan dengan eksploitasi kanak-kanak, penipuan kewangan, kandungan lucah, ugutan dan sebagainya.
ONSA 2025 juga bertujuan untuk:
- Memastikan platform digital menyediakan pelan keselamatan dalam talian, pelaporan kandungan berbahaya, dan saluran bantuan kepada pengguna.
- Mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan berbahaya dengan mekanisme yang lebih ketat seperti pengawalan umur, penapisan kandungan, dan pengawalan algoritma cadangan.
- Memberi kuasa kepada badan pengawal selia seperti MCMC untuk memantau, mengenakan penalti, dan memastikan pematuhan platform digital terhadap standard keselamatan dalam talian.
Sumber: Internet





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan