Memaparkan catatan dengan label ragbi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ragbi. Papar semua catatan

Selasa, Februari 10, 2026

Jerry Tuwai di King Edward VII School, Taiping


Jerry Tuwai di KEVII School, Taiping

Sempena kehadiran Jerry Tuwai ke King Edward VII School pada 11 Februari 2026, pihak Tackle Asia akan membuka booth jualan merchandise “Jerry Tuwai Limited Edition”. Sehubungan dengan itu, dijemput semua alumni dan peminat ragbi untuk hadir memeriahkan program ini serta mendapatkan koleksi eksklusif yang hanya dikeluarkan sempena lawatan khas beliau ke SMK King Edward VII.

Ini merupakan peluang istimewa untuk bertemu ikon ragbi dunia, merasai suasana komuniti ragbi KEVII, serta menyokong pembangunan ragbi sekolah.

Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)

Lokasi: SMK King Edward VII, Jalan Muzium Hulu, Taiping, Perak.

Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang

Jumpa anda di sana. Rugby. Brotherhood Legacy

Magni Nominis Umbra

Ahad, September 10, 2023

KEVII School vs Victoria Institution






Hari ini ke UPM Serdang bagi sokongan kepada pasukan ragbi KEVII School Taiping menentang Victoria Institution, KL di peringkat separuh akhir. Ini Kejohanan Malaysia Super Schools Fifteens 2023. Hari ni juga jadi Reunion Mini Old Edwardians.

10 Sept 2023

Selasa, September 22, 2020

KE VII - Akademi Ragbi Negeri Perak


Akademi Ragbi Negeri Perak

SM King Edward VII Taiping telah dipilih sebagai Akademi Ragbi Negeri Perak oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Semoga ragbi di KE VII akan terus cemerlang.

21 Sept 2020

Taiping, Perak

Foto kredit: Tiger Latiff dan Cikgu Afza

#kingedwardviischool

#kingofrugby

#edwardianrugby