Jumaat, Januari 14, 2011

Nasihat Orang Klate memilih tapak bangunan

Jika seseorang tinggal di tanah yang
condong menaik dari Tenggara, dia boleh
kehilangan kerja atau sumber pendapatan.

Jika seseorang tinggal di tanah yang
condong menaik dari Selatan, dia akan
mendapat kerugian atau kematian.

Jika seseorang tinggal di tanah yang
menaik dari Barat Daya, dia akan didengki
oleh adik-beradiknya dan saudara mara
lain yang pemalas, akibatnya mereka akan
mengikis segala kekayaannya.

Jika seseorang tinggal di tanah menaik
arah dari Barat, dia akan menajdi liar
dalam cara kehidupannya dan akan
kehabisan harta.

jika seseorang tinggal ti tanah condong
dari Barat Daya, dia akan mendapat isteri
baru dan anak lelaki yang amat baik.

Adalah paling baik tinggal di tanah
condong dari Barat Laut ke arah Timur dan
Barat Daya, kerana ini adalah kedudukan
utama.

betui ke idak, kita tanya ore klate.

Sumber: Royal healer, Roland Werner, 2002.

Rabu, Januari 12, 2011

Asal usul Kaki Lima


"Semua rumah yang dibina daripada batu-bata atau jubin mempunyai bahagian depan yang sama jenis dengan setiap satunya mempunyai arked berjarak tertentu, terbuka kepada semua sisi sebagai sebuah laluan terbuka di kedua-dua sisi jalan"

- Arahan Sir Stamford Raffles kepada jawatankuasa Perancang bandar Singapura, 1822

Isnin, Januari 10, 2011

Setem 1 Dunia

Khamis, Disember 30, 2010

On Stranger Tides

Khamis, Disember 23, 2010

Telefon selular tak cetus barah otak?

Frekuensi elektromagnet terbukti selamat

KUALA LUMPUR: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.

Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita. Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.

Beliau berkata, kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.

KPKK prihatin dengan kebimbangan masyarakat terhadap frekuensi elektromagnet telefon selular yang dihasilkan dalam penggunaan perhubungan saluran telekomunikasi tanpa wayar. Kebimbangan itu berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung frekuensi elektromagnet telefon selular dan juga penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenainya, katanya.

Sumber: Berita Harian | 23 Dis 2010

Selasa, Disember 07, 2010

Kedai mamak

Kedai mamak? Sebut ja kedai mamak, semua orang akan tahu, termasuk budak kecik dan orang lama. Bukan nak katalah, kedai mamak nie mesti ada ja orang dia, tengok bola, tengok AF, tengok piala dunia, dan lain-lain lagi. Bisnes pon buleh buat kat kedai mamak, gathering budak-budak pon buat kat kedai mamak. Pendek kata, apa pon buleh jadi.. layan internet.

Gambaq sebelah ni adalah Restoran Bismillah di Jalan Taming Sati, Tepen. Umor dia dah seratus sepuluh tahun.

Rabu, Disember 01, 2010

Peace

Terjumpa satu status dari group JANGAN TUNJUK PEACE KERANA…BY MOHD FAUZI ABDUL RAHMAN. Adakah saya ketinggalan lagi seperti kebiasaan? Orang dah kecoh dan tahu lama dah. Saya tak kira. Saya nak publish juga sebab nak tahu kebenarannya. Betul ke tidak ini lambang syaitan? Harap ada Jelitawans yang bijak laksana dan Mr Jelitawans yang bijak laksamana boleh memaklumkan saya. Nak berbincang dan bertukar – tukar pandangan demi aqidah Islam yang wajib dipelihara. Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :P ast (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.