Jumaat, November 06, 2026

Kibarkan Bendera Negeri Perak

 

Pada 1 Mac 1879, dalam Majlis Mesyuarat Negeri Perak Raja Muda Yusuf yang memegang jawatan sebagai Pemangku Sultan Negeri Perak pada waktu itu telah meluluskan usul untuk mewujudkan bendera untuk negeri Perak.
Dalam usul tersebut, terdapat gambaran bendera yang mempunyai 3 jalur warna yang sepertimana kita dalam lihat pada hari ini dalam warna jalur bendera negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna tiga jalur putih, kuning dan hitam dalam bendera negeri Perak ini melambangkan sebagai kedaulatan Sultan, Raja Muda dan Raja Bendahara pada waktu itu. Dan untuk makluman anda, pada tahun 1956, warna jalur hitam pada bendera negeri Perak yang melambangkan Raja Bendahara telah digantikan kepada Raja DiHilir berikutan tentang hal pemansuhan gelaran tersebut. Begitulah ceritanya yang ringkas tentang sejarah kewujudan bendera Perak.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Ini adalah penghormatan kepada Sultan sebagai pemimpin tertinggi di negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, yang merupakan pelengkap dalam struktur pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. Ini menggariskan peranan penting Raja Di Hilir dalam hierarki pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan.


Tiada ulasan: