Ahad, Februari 06, 2011

Kayuh Basikal ke Pejabat

BERBASIKAL bukanlah suatu aktiviti utama di Malaysia jika dibandingkan negara seperti United Kingdom (UK), Jepun, Korea dan Vietnam. Di Barat, melihat orang ramai berbasikal ke sana-sini adalah sesuatu yang lumrah. Tua atau muda, masing-masing selesa berbasikal ke mana saja. Mereka juga tidak kisah mengusung basikal menaiki tren atau berpanas berhujan sambil berkayuh.

Selain menyihatkan badan, berbasikal dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran alam. Namun di Malaysia, berbasikal bukanlah sesuatu yang dipraktiskan. Ramai enggan berbasikal walaupun ke tempat yang dekat kerana tidak mahu letih atau berpeluh-peluh. Selain itu, ada juga yang terlalu menjaga status dan tidak mahu dianggap ‘sengkek’ berbasikal ke sana-sini.

Namun, bagi Yusoff Abdul Rahman, 40, lain ceritanya. Selama lebih tiga tahun, Yusoff memilih basikal sebagai medium pengangkutannya ke pejabat. Segala persepsi negatif yang dilontarkan kepada Pengurus Komunikasi Korporat, Pharmaniaga Berhad ini, setiap kali beliau memberitahu amalannya berbasikal ke pejabat, hanya dibalas dengan senyuman oleh personaliti ini.

Bagi segelintir pihak, mungkin idea berbasikal ke pejabat nampak pelik. Tetapi, itulah yang menjadi amalan Yusoff yang berbasikal sejauh 20 kilometer (km) setiap hari dengan mengambil tempoh sejam berkayuh dari rumah ke pejabatnya. Menyingkap rahsia di sebalik keputusan Yusoff berbasikal ke pejabat, semuanya bermula daripada masalah kesihatan yang dihadapinya. Yusoff menyatakan sebelum ini, beliau bukanlah seorang yang aktif bersukan.

“Saya sakit dulu... kerap sangat pergi ke hospital dan menjalani pemeriksaan. Walaupun bukan sakit yang kronik, tetapi ia menjejaskan prestasi kerja saya. Bukan saja kerjaya saya terjejas, malah masa bersama keluarga juga terkena tempiasnya.
“Sudah puas saya berulang alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan sehinggalah saya nekad menjalani pemeriksaan di salah sebuah hospital pakar,” katanya kepada XY-Ikon Lelaki.

Pada mulanya, Yusoff menyangka, beliau menghidap penyakit kronik. Namun, selepas pemeriksaan pakar, sangkaannya meleset. Menurut doktor pakar yang merawatnya, segala-galanya bermula daripada rutin hariannya. Mengapa tidak, saban hari, hampir 12 jam Yusoff berada dalam kawasan berhawa dingin. Ini diburukkan lagi dengan gaya hidupnya yang tidak gemar bersukan.

“Pakar yang merawat saya menyatakan beliau tidak mahu memberi rawatan (ubat) kepada saya. Ini kerana saya sendiri yang mencari penyakit ini. Pergi balik kerja saya terperap dalam kereta berhawa dingin. Begitu juga apabila sampai di pejabat dan kadangkala di rumah. Doktor menyarankan saya agar mengubah gaya hidup dan aktif bersukan. Ketika itu saya terfikir, kerjaya saya mengehadkan saya untuk aktif bersukan,” katanya.

Sehinggalah pada suatu hari, Yusoff berfikir apakah cara yang boleh dilakukan untuk bersukan dan pada masa sama, tidak membazirkan masa dengan keluarga dan kerjaya. Dari situlah timbulnya idea untuk berbasikal ke pejabat. Pada mulanya, idea Yusoff ini ditentang oleh keluarga terutama isterinya kerana memikirkan soal keselamatan. Namun, tekad Yusoff tidak mampu dihalang oleh sesiapa. Sebagai permulaan, Yusoff hanya menggunakan basikal biasa miliknya.

“Pada awalnya, pakaian saya dan basikal yang digunakan tidak sesuai. Namun, saya belajar sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang saya menggunakan pakaian dan basikal sesuai. Masa yang diambil dari rumah untuk ke pejabat menaiki kereta sama dengan tempoh masa saya berbasikal. Malah, ia dapat menyihatkan tubuh badan, hujan panas bukan penghalang bagi saya,” katanya. Kini selepas tiga tahun, rutin Yusoff berbasikal ke pejabat mula menarik perhatian beberapa rakan sepejabatnya dan jiran tetangga. Perkara utama yang menjadi kebanggaan Yusoff ialah dirinya tidak lagi sakit malah sentiasa cergas.

“Terbukti, selepas enam bulan saya menaiki basikal ke pejabat. Saya tidak lagi sakit dan boleh dikira berapa kali saja saya berulang alik ke klinik. Prestasi kerja juga semakin bertambah baik kerana badan yang sihat, akan membuat minda menjadi cerdas,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Selasa, Februari 01, 2011

Reunion Old Edwardian batch '90-'94


Gathering Old Edwardians untuk batch intake 1990 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4 Feb 2011 (Jumaat)
Masa: 1700 hrs
Tempat: Alam Wadiah, No. 5, Jalan Medan Saujana 8, Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak DR
Towkay kedai: Tiger Mohd. Izram


Lokasi: berhampiran The Store Kamunting dan KFC Kamunting

Magni Nominis Umbra!!

Ahad, Januari 30, 2011

Lepak-lepak@TPM

lain-lain klik kat sini

Khamis, Januari 27, 2011

Beatles studies degree


Liverpool Hope University awards first Beatles studies degree


LONDON, Jan 27 — A Canadian woman has become the first person in the world to graduate with a master’s degree in Beatles studies. Former Miss Canada finalist Mary-Lu Zahalan-Kennedy was one of the first 12 students to sign up for the Liverpool Hope University course on the Fab Four when it began in 2009 and was the first to graduate, the university said yesterday.

“I am so proud of my achievement,” Zahalan-Kennedy said. “The course was challenging, enjoyable and it provided a great insight into the impact the Beatles had and still have to this day across all aspects of life.” The launch of the unique master’s degree in Beatles, Popular Music and Society was a world first when it took its first class. Zahalan-Kennedy was the first to accept her degree in person from the university.

The course looks at the studio sound and composition of the Beatles and how Liverpool helped to shape their music. Students also examine the significance of their music and how it helped to define identities, culture and society. Mike Brocken, founder and leader of the Beatles Master of Arts course at Liverpool Hope University, said the post-graduate degree makes Zahalan-Kennedy a member of a select group of popular music experts.

“Mary-Lu now joins an internationally recognised group of scholars of popular music studies who are able to offer fresh and thought-provoking insights into the discipline of musicology,” he said. — Reuters

Read here also.

Source: www.themalaysianinsider.com

Rabu, Januari 26, 2011

Library paling bising????



Check kat sini

Selasa, Januari 25, 2011

Mata

Ada sepasang mata di kaca jendela
Melihat setiap gerak langkahku
Hinggakan aku kehilangan gaya
Tidak tentu rasanya

Ada sepasang mata tajam tersembunyi
Di balik kaca mata hitam
Melihat ku dengan penuh ghairah
Apakah maksudnya

Mata oh mata
Jangan salah guna
Nanti buruk padahnya
Mata oh mata
Jangan cari dosa
Faedahnya tiada

Ada sepasanag mata di sudut sana
Yang tak pernah senang
Dengan kejayaan orang lain
Hanya menanti silap dan salah
Apakah maksudnya

Sabtu, Januari 15, 2011

Sahabat di PPUM

Pagi tadi, member (Zul) SMS beritau yang ada member kat Blok 1 masuk PPUM sebab demam dan suspek jangkitan kuman. So, dalam jam 12.00 tgh hari, bergerak menuju ke PPUM. Sampai kat sana, terus cari wad ICU (kritikal) dan terjumpa di Tingkat 3. Kat sana ada mak dan isteri dia. So, isteri dia pon explain apa yang terjadi kat Syaharudi Saari nie. Syaharudi nie seorang peminat setia kumpulan Search dan minat motor besaq. Banyak kali dia ikut konvoi dengan member dia. Dia jugak non-smoker.

Bilik dia hujung sekali, dan bila sampai kat sana, terkejut tengok dia, macam tak percaya, memang tak diduga, seorang yang sihat tetiba jadi tak berdaya. Doktor cakap dia kena jangkitan kuman dalam badan dan kena cuci darah tu. Kosnya pon buleh tahan la.

Kami kat Seri Nuang mendoakan agar Syaharudi Saari sehat kembali. Amin.