Khamis, November 29, 2012

Big Bad Wolf Book Sale Come again!!!

Ahad, November 18, 2012

Porak Peranda

Selasa, Oktober 16, 2012

Kamera AES di seluruh Malaysia

Senarai lokasi kamera AES buleh diperolehi dari link kat bawah ni: Md Anif dot Com

Sabtu, Oktober 06, 2012

Bonus Selangorku-TAWAS

Kapten dapat rejeki lagi, TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) bagi free cash voucher pagi tadi kat Econsave Kampung Jawa, Sek. 36, Shah Alam. Nak tau pasal TAWAS ni, pi kat --> www.tawas.org.my Tak semua orang tau benda ni.

Khamis, Oktober 04, 2012

At Carlton Holiday, Sek 13

Ini event pada 29 Sept 2012 yang lalu di mana Kapten join concert dan award day bagi tadika. Program ni buat kat Carlton Holiday, Sek 13, sebelah Pusat Akuatik Shah Alam. Start kul 9.00 pagi sampai 1.00 pm. Hahahahahahahahahahaa.. layan.

Selasa, Oktober 02, 2012

Obsesi

tadi layan cherita Obsesi kat TV9 setiap Selasa jam 10.00 malam. Cherita ni mengesahkan minat seseorang terhadap sesuatu. Oleh kerana malam tadi dia cherita pasai dua orang ni: 1. Minat Star Wars, 2. Ipoh Station Antique Cafe. Cherita ni jugak telah memberikan satu idea kat aku dalam pengumpulan benda yang sangat best. Begitulah la jugak dengan aku.

Sabtu, September 29, 2012

Motivasi

1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama 2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab 3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. 4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan 5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire 6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. 7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. 8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. 9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson 10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh. 11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. 12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji… 13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi. 16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya. 17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal. 18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja. 19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159 20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.