Rabu, April 20, 2016
Jom Baca Bersama Untuk 10 minit pupuk budaya rajin membaca
Selangorkini – 20 April 2016
SHAH ALAM, 20 APR: Usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan masyrakat diteruskan dengan penganjuran program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 minit’ di seluruh negara bermula jam 11 pagi, 25 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani, berkata penganjuran program berkenaan dilaksanakan sempena Sambutan Hari Membaca Sedunia yang diadakan setiap tahun. Katanya, kempen itu juga diadakan sebagai usaha pihak PREC mengembeling tenaga bagi mengajak orang awam mencintai amalan membaca.
“Aktiviti ini berjaya mengumpulkan 2.5 juta orang untuk berhenti sejenak dan duduk membaca bersama 10 minit pada tahun lalu. Tahun ini, kita mensasarkan penyertaan tiga juta orang,” katanya dalam kenyataan.
Kempen itu juga mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Malaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia.
Orang awam disarankan menyokong usaha tersebut bagi melahirkan Masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca. Laporan statistik Perpustakaan Negara sebelum ini mendedahkan, purata buku yang dibaca seorang rakyat Malaysia hanya dua hingga lapan buku setahun
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan