Berapa ramaikah antara kita yang terpaksa berkongsi berus gigi satu
keluarga? Atau pernahkah ibu kita terpaksa mengambil upah membasuh
pakaian jiran demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang
disayangi?
Ikhlasnya, cerita sedih ini bukan rekaan tetapi satu realiti dalam
kehidupan aktor Rosyam Nor satu ketika dahulu. Bermula sebagai budak
setinggan, dia kini menjadi seorang jutawan apabila berjaya dalam bidang
lakonan serta menerbitkan pelbagai drama bermutu.
Malah Rosyam juga tidak percaya bangunan RTM yang satu ketika dahulu
pernah dimasuki secara curi-curi untuk menonton Hiburan Minggu Ini,
telah berjaya dimasukinya secara sah sebagai artis dan pengacara.
Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohammad Noor Shamsudin merupakan
seorang role model untuk pelakon muda dan pembaca lain dalam bidang
kerjaya, gaya hidup berdisiplin dan cara menghadapi cabaran untuk
berjaya.
Mengakui telah melalui pelbagai rintangan sepanjang hidupnya, pelakon
berusia 49 tahun ini telah berkongsi segalanya dalam autobiografi yang
bertajuk, Impian Jutawan Budak Setinggan.
Menerusi buku ini, Rosyam Nor mencerita segala yang dihadapi olehnya
sehingga berjaya dan dia berharap agar perkongsiannya ini akan menjadi
pengajaran kepada pembaca.
“Pembaca akan mengetahui kisah hidup saya, yang pada dasarnya adalah
perjalanan yang membawa saya ke sini. Saya bangga untuk berkongsi
perjalanan ini dengan peminat kerana siapa tahu, mungkin terdapat
beberapa pengajaran yang berguna bagi mereka”.
ISBN: 978-967-140-5504
Penerbit: Suhan Publications
ISBN: 978-967-140-5504
Penerbit: Suhan Publications
Tiada ulasan:
Catat Ulasan