Alhamdulillah, syukur kepada Allah |
BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR – Berkat tukar strategi menghantar borang
Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M), seorang pekerja swasta akhirnya terpilih sebagai
pemenang peraduan itu.
Roslan Alwi Haris, 49, tidak pernah jemu menghantar borang peraduan anjuran Sinar Harian itu sejak tahun lalu, dan dia bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang pemenang. Menurutnya, ilham untuk menukar strategi mula timbul pada tahun ini selepas dia membaca beberapa kisah pemenang PR1M sebelum ini.
Roslan Alwi Haris, 49, tidak pernah jemu menghantar borang peraduan anjuran Sinar Harian itu sejak tahun lalu, dan dia bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang pemenang. Menurutnya, ilham untuk menukar strategi mula timbul pada tahun ini selepas dia membaca beberapa kisah pemenang PR1M sebelum ini.
“Sebelum ini, saya hantar satu borang untuk satu penyertaan dan menggunakan
pos biasa.Saya buat begitu sejak 2015 dan pada awal 2016, saya mula tukar strategi.
Saya hantar empat borang sekaligus untuk satu penyertaan dan kali ini juga saya
gunakan pos ekspres supaya penyertaan saya cepat sampai kepada Sinar Harian.”
“Ternyata usaha itu berhasil. Baru beberapa bulan saya mencuba,
nama saya diumumkan sebagai pemenang. Saya bersyukur usaha saya selama ini berbaloi,”
katanya.
Jelas Roslan Alwi, isteri dan anaknya pernah menegurnya kerana membeli
sehingga empat akhbar dalam satu hari hanya untuk menyertai peraduan tersebut. Begitu
pun katanya, dia memang berminat menyertai peraduan sebegitu dan kadangkala dia
menghantar borang peraduan secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan isteri dan
anaknya.
“Mereka menegur mungkin kerana lihat saya bersungguh-sungguh sedangkan
tidak pernah diumumkan menjadi pemenang pun dari tahun lepas. Namun, bila saya beritahu
saya menang peraduan ini, mereka terkejut dan terdiam. Mungkin mereka sedar akhirnya
mereka kalah dengan saya,” katanya sambil ketawa kecil.
Ujar bapa kepada tiga anak ini, dia bercadang menggunakan wang itu
untuk menampung perbelanjaan anaknya yang akan menyambung pengajian tidak lama
lagi. Katanya, wang itu juga akan digunakan untuk pelajaran dua lagi anak
yang masih di bangku sekolah.
“Wang ini sedikit sebanyak
membantu perbelanjaan kami sekeluarga. Alhamdulillah, bersyukur sangat saya terpilih
menjadi pemenang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan