Selasa, Mac 12, 2024

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H / Mac 2024

 


CHECKLIST RAMADHAN 2024.
Ini 10 perkara wajib buat untuk Ramadhan kali ini:
✅
Betulkan niat berpuasa semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
✅
Berterawih penuh (8 atau 20 rakaat) berjemaah di masjid, surau atau rumah pada setiap malam.
✅
Solat tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat pada setiap pagi.
✅
Bersahur walaupun hanya dengan seteguk air atau sedikit makanan beberapa ketika sebelum masuk waktu Subuh.
✅
Solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid, surau atau pejabat pada setiap hari.
✅
Membaca Al-Quran setiap hari sehingga khatam sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan.
✅
Bersedekah setiap hari walaupun sedikit tetapi konsisten.
✅
Belanja orang berbuka puasa setiap hari.
✅
Bercakap yang baik-baik atau pun diam sahaja.
✅
Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi pada waktu yang disebut sebagai waktu mustajab doa.
Share checklist ini sebagai salah satu sumber kebaikan dalam bulan Ramadhan.
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk beramal soleh sepanjang Ramadhan.
InsyaAllah.

Sumber: FB Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz

Tiada ulasan: