Rabu, Mac 20, 2024

Sunnah Basahkan Badan Dengan Air Hujan

Antara sunnah yang jarang dilakukan dalam pengamalan masyarakat pada hari ini adalah membasahkan sedikit dari bahagian badan dengan air hujan yang turun daripada langit. Perbuatan ini tsabit daripada Nabi S.A.W berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata : ‘’Hujan turun dan kami pada ketika itu bersama dengan Rasulullah S.A.W. Lalu baginda S.A.W menyelak baju baginda sehinggalah hujan menimpa badan baginda. Kemudian kami bertanya : ‘’Wahai Rasulullah, mengapakah anda melakukan ini ?’’. Maka jawab baginda S.A.W:

لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Kerana ia baru sahaja datang (turun) dari Tuhannya yang Maha Tinggi.

Riwayat Muslim (898)

Sumber: Mufti WP

Tiada ulasan: