Menerima perkhabaran pagi tadi bahawasanya abang kepada mak, Allahyarham Pak Andak Md Nor bin Hamzah bin Mat Riau telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Feb 2025 jam 2.50 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lurah Bilut, Pahang. Arwah tinggal bersama anak lelaki beliau yang kami panggil Abang Enon dan keluarganya di Felda Lurah Bilut, Pahang. Sebelum ini, rumah beliau terletak di Kampung Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak yang tidak jauh dari rumah keluarga Fedtri Yahya, pengacara TV3. Kali terakhir berjumpa adalah semasa arwah datang beraya ke Taiping pada tahun 2022.
Semoga Allah merahmati arwah dan mengampuni segala silap yang lalu (1933-2025)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan