Jumaat, Oktober 31, 2025

Trilogi Filem Rock + Rock 4

 

Tahun 2005
Tahun 2013
Tahun 2016
Tahun 2020

Ini adalah Trilogi filem yang sangat meninggalkan kesan dan memori semasa saya di tahun 1980an dan 1990an dulu. Dan lokasinya juga dilakonkan di Taiping, Perak. 

Khamis, Oktober 30, 2025

Sekolah Kebangsaan Simpang, Taiping, Perak


Saya dulu pernah bersekolah di SK Simpang dari tahun 1985 sehingga 1989. Kelasnya adalah  kelas Kuning dari darjah 2 hingga darjah 6. Sebelum itu, pada tahun 1984, saya bersekolah di SRK Sungei Way, Petaling, Selangor semasa darjah 1. Semasa di SK Simpang, saya pergi ke sekolah dengan menaiki basikal atau kadang-kala hanya berjalan kaki kerana jarak sekolah dengan rumah hanya dalam 150 meter sahaja. Loceng sekolah pun kedengaran dari rumah. 

Gambar semasa darjah 6 tahun 1989
Belakang dari kiri: Shahril Haqq, Adnan, Thulasimani, Abu Bakar, Rohaizan, Mohd Hafidz, Thayalan, Vickneswaran, Jayabalan, Moganasuntharam, Mohd Zairi, Kamal, Dahlan, Mohd Fadhli, Mohd Rizal, Nor Adlan, Idris, ____
Tengah dari kiri: Hanizah, Norfazilah, Suhaila, Rozita, Suraya Omar, Suraya Sharip, Rukumani, Noraiza, Mariah, ___, Azlina, Azizah
Depan dari kiri: Shamsiah, Siti Hajar, Aini Razilah, Halimaton Saadiah, Paramesperi 

Saya pernah menyertai kumpulan koir sekolah pada tahun 1985 (darjah 2) yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Ada juga jualan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya ada membeli senaskah Dewan Pelajar edisi lama ketika itu. Pada tahun 1987, ada rombongan sekolah ke Taman Tasik SM Noor di Batu Gajah. Pada masa itu, Taman Tasik SM Noor antara taman tema yang paling menarik di negeri Perak. Seingat saya, ada rumah hantu, kereta laga dan taman haiwan di dalamnya.

Pada tahun 1988, ada seorang ustazah berkahwin di Kamunting atau Taiping. Ustazah ada sewa bas bagi anak muridnya pergi ke kenduri beliau. Sayangnya tidak ada gambar yang dirakam ketika itu. Seterusnya pada tahun 1989, saya dipilih untuk menyertai pasukan bolasepak sekolah. Walaupun duduk di bangu simpanan, nama saya tetap direkodkan sebagai senarai pemain bolasepak sekolah. Pada tahun yang sama, saya menjadi penyanyi utama dalam persembahan kelas semasa sambutan Hari Kanak-kanak. Lagu yang dinyanyikan ialah 'Si Manis 17'. 

Semasa di SK Simpang, saya menyertai Pasukan Pengakap dan pernah berkhemah di sekolah. Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah telur ayam yang ada dalam beg pecah dan berbau tak berapa nak sedap dalam beg.

Selain itu, saya juga dilantik sebagai Pengawas Sekolah bermula tahun 1988 hingga 1989. Baju seragam adalah bewarna biru muda. 

Antara nama-nama guru yang masih diingati ialah: 

  • Cikgu Syed Shahabuddin
  • Cikgu Abal Abbas 
  • Cikgu Meme Indut (Bahasa Melayu)
  • Ustazah Sabariah (Pend. Islam)
  • Ustaz Abdul Samad (Pend. Islam) 
  • Cikgu Nisabury (Penolong Kanan)
  • Ustazah Salbiah (Pend. Islam)
  • Cikgu Aishah
  • Cikgu Norshahidah (Matematik)
  • Cikgu Ghazali
  • Cikgu Jefri Yunus
  • Cikgu Abdul Rahim 
  • Cikgu Mah Heran Md Nordin 
  • Ustazah Noorain (Pend Islam)
  • Cikgu Haji Ahmad Udoh (Bahasa Inggeris dan PJ, Pengakap)
  • Cikgu Zabedah 
  • Cikgu Latif

Di SK Simpang, ketika tahun 1989, masih terdapat dua loceng iaitu loceng klasik dan loceng elektrik guna suis. Tugasan membunyikan loceng adalah satu tugasan yang ditunggu-tunggu oleh para pengawas. Apabila tiba bulan puasa, kantin ditutup dan tiba waktu rehat, maka penuhlah ruangan kantin dengan budak-budak untuk main tudung tin dan batu seremban. Di surau pula, sekiranya waktu sembahyang, adalah kawan-kawan yang mengusik kawan lain bila tengah sembahyang. 

Dari kanan atas: Zaki, Zulhaidi, Suhaimi, Mohd Nor Azmi, Khairil, Shahril Nizam, Shukor, Mohd Shah, Raduan, Hasnifalina, Mastura, Zarina, Rosiah, Norazatul Firdaus, Rabaayah, ??, Zurina, Rahayu, Zaidah, Norhashimah, Sharinawati, Hartini, Norhaslinda, Salimazlina, ??, Aisyatul Aaiyah, Zulkepli, Syed Mohd Paizal, Cikgu Haji Ahmad, Cikgu Ghazali, Cikgu Zabedah, Ustazah Salbiah, Khairul Abza, Jamaliah

Foto ihsan Zulkifli Mustapha

Sejarah Sekolah Kebangsaan Simpang

Sekolah (1)

Bangunan asal terletak di Jalan Kuala Kangsar dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Simpang. Bangunan ini dibina pada tahun 1890. Saiz sekolah ini ialah 20 kaki X 60 kaki. Bangunan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian diguna untuk bilik darjah manakala sebahagian lagi dijadikan rumah guru. Jumlah murid ini ialah seramai 20 orang sahaja. Oleh sebab murid-murid bertambah menjadi 60 orang dalam tahun 1895, maka seluruh bangunan ini digunakan sepenuhnya untuk bilik darjah. Sebuah rumah guru berasingan telah dibina di belakang sekolah ini dan diberi No. JKR 3 (KP:3057). Bangunan sekolah pula diberi No. JKR 2 (KP:3056).

Sekolah (II) Bangunan sementara dibangunkan kira-kira pada tahun 1937 dan mempunyai 3 bilik darjah sekolah ini terletak di Jalan Kampong Dew. Luas sekolah ini ialah 75 kaki X 30 kaki. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Simpang. Sekolah ini dirobohkan pada tahun 1962.

Sekolah (III)

Mula digunakan pada 8 Julai 1962. sekolah ini mempunyai 5 bilik darjah dan menelan kos sebanyak RM 27,500.00. Luas sekolah ini ialah 150 kaki X 30 kaki. Dalam tahun 1982, bangunan sekolah ini telah disambungkan sebanyak 2 bilik lagi yang berukuran 60 kaki X 30 kaki untuk bilik Pusat Sumber Sekolah. Bangunan sekolah ini telah dirobohkan pada 1994.

Sekolah (IV) Bangunan 2 Tingkat

Oleh kerana jumlah murid kian bertambah setiap tahun, maka pada tahun 1980 sekolah baru dua tingkat telah dibina. Bangunan baru ini bertentangan dengan sekolah (III). Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Musa bin Hitam SPMJ, SSIJ, Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Januari 1981. Bangunan sekolah ini mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, bilik Guru Besar dan bilik air (tandas) serta Bangunan Kantin.

Selain itu, sebuah surau telah dibina pada tahun 1982. Kos pembinaannya kira-kira RM 5000.00. Surau sekolah ini telah memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid untuk bersembahyang jemaah. 

Sekolah (V) Bangunan Projek Gotong Royong

Bangunan ini dibina pada tahun 1989. Terdiri daripada 4 bilik darjah dan sebuah stor untuk buku SPBT.

Sekolah (VI) Bangunan 3 Tingkat

Bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1994. Bangunan ini terdiri daripada daripada 10 buah bilik darjah, Pejabat, Pusat Sumber, Bilik Kaunseling, Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik Fail dan Bilik Cetak.

Sekolah (VII) Bangunan 3 Tingkat

Bangunan tambahan ini telah disiapkan pada 17 Disember 2001. Bangunan ini mempunyai 2 blok dan terdiri daripada beberapa bilik Darjah, bilik Guru, bilik Pemulihan, bilik Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Tandas Guru dan juga Tandas Murid. Bangunan ini juga terdapat ruang serba guna. Bangunan yang baru ini mula gunakan pada 21 Oktober 2002. 

Sumber: Wikipedia 

Rabu, Oktober 29, 2025

Tali Leher dan Pelekat Eksklusif KEVII


Cita-cita untuk dapatkan tali leher eksklusif sempena 140 tahun dan pelekat motor Sekolah King Edward VII tercapai sudah. Terima kasih kepada Tiger Roslan OE90. Kita budak KE. Kita sokong.

20 Okt 2025

Selasa, Oktober 28, 2025

Misi Buku SYJ BOTB 1986 di Taiping

Di Stesen Keretapi Lama, Taiping

Bayaran letak kereta hanya RM 1.00

Di Seri Manjung

Di Trong

Hari ini bermusafir dari 40170 ke 34000 bagi Misi Buku SYJ BOTB 1986 dan berjaya menyerahkan dua naskhah buku kepada Tiger Roslan OE90 kat Stesen Keretapi Lama, Jalan Stesen, Taiping. Kami sempat berbual mengenai pelancaran buku tersebut pada bulan September yang lalu. Apabila dua Old Edwardians berjumpa, sudah pasti kami bicara pasal King Edward VII School dan apa bahan sejarah yang boleh dipaparkan kepada generasi kini.

18 Okt 2025

Isnin, Oktober 27, 2025

Perpustakaan Bukan Sekadar Simpan Ilmu

Perpustakaan: Pusat Ilmu, Nadi Komuniti

Kosmo - 15 Okt 2025, ms. 5

Perpustakaan bukan sekadar tempat menyimpan buku, tetapi sebuah ruang pembelajaran sepanjang hayat yang terbuka untuk semua. Ia menjadi nadi komuniti menyatukan masyarakat melalui ilmu dan budaya membaca.

Melalui inisiatif seperti Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Komuniti, akses kepada ilmu kini lebih mudah dan inklusif. Bukan sahaja memperluas capaian kepada bahan bacaan fizikal dan digital, malah membina asas perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat.

Ayuh kita jadikan budaya membaca sebagai jambatan harmoni dan pembangunan dalam semangat Malaysia MADANI.

Sumber: FB Kementerian Perpaduan Negara


Ahad, Oktober 26, 2025

Anwar Ibrahim & The Beast

 


Live healthy before it's too late

 

Foto ihsan The Sun 

Sabtu, Oktober 25, 2025

5KM Fun Walk For Peace 2025


Pagi ini turut serta dalam acara 5KM Fun Walk For Peace 2025 yang diadakan di SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam. Anak pakcik darjah 6 pun turut serta dalam acara ini. Acara bermula dari SRAI menuju ke Tasik Seksyen 7 dan kembali ke SRAI.

25 Okt 2025
"Keamanan menjadi asas kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia"

Falsafah Rotan Dalam Mendidik

Foto ihsan Domain Awam

𝐓𝐞𝐫𝐨𝐦𝐛𝐚 𝐅𝐚𝐥𝐬𝐚𝐟𝐚𝐡 𝐑𝐨𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐢

Rotan bukan senjata murka,
Tapi tali kasih beranyam hikmah,
Tiap lentur menyulam sabar,
Tiap sentuh menegur khilaf.
Dari tegas lahir lembut jiwa,
Dari sakit tumbuh maruah diri.
Anak didik umpama tunas muda,
Harus dipangkas sebelum tinggi,
Andai dibiar liar bertunas dosa,
Akhirnya reput tak berbuah budi.
Rotan kecil tangan muallim,
Tanda cinta bukan dendam.
Dalam denyut rotan tersirat doa,
Agar tegak akhlak dan adabnya,
Yang tunduk bukan hina,
Tapi akur pada jalan benar.
Sakit sekejap, hikmahnya kekal,
Bekasnya jadi suluh pengalaman.
Didikan bukan dengan marah,
Tapi dengan kasih bersulam tegas,
Guru bukan menghukum jasad,
Tapi menggilap nur di dada murid.
Setiap rotan berpaksikan rahmah,
Setiap tangis memupuk hikmah.
Maka jadilah anak bangsa,
Yang tahu erti teguran dan tauladan,
Yang menunduk pada ilmu dan budi,
Yang bangun dengan jiwa kental nan bersih.
Kerana di hujung rotan guru sejati,
Terpahat amanah membentuk insan berguna.

Sumber: FB Rasmi Universiti Teknologi Mara (16 Okt 2025)

Jumaat, Oktober 24, 2025

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat SPM 2025

Saudara Aiman

Petang ini hadir ke Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Pelajar SPM 2025 anjuran SMK SSAAS yang diadakan di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam. Acara bermula jam 6.15 petang sehingga selepas Isyak. Ada juga pengisian motivasi antara waktu senggang maghrib dan isyak oleh Saudara Aiman.

24 Okt 2025

Doa Untuk Taiping 34000


Foto-foto sumber dari Domain Awam 

Kedudukan Saf Dalam Sembahyang

 

Foto ihsan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Khamis, Oktober 23, 2025

OEA Taiping Malaysia Fundraising Hi-Tea 2025

 


Assalam. Hello Fellow Tigers!

Mari kita berkumpul, berjumpa rakan lama & beramal bersama dalam Majlis Hi-Tea Amal OEAM (Fundraising Hi-Tea) HiT'25! 🎉🐯

📅 Ahad, 7 Disember 2025

🕑 2.00 – 6.00 petang

📍 Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak

💵 RM130/pax | RM1300/meja (10 orang)

🎯 Tarikh Akhir Tempahan: 10 November 2025

Tujuan majlis ini adalah untuk mengumpul dana bagi menyokong kecemerlangan sukan sekolah serta menyalurkan bantuan kebajikan untuk ahli-ahli Persatuan.

🎁 Sumbangan & Tempahan Meja:

💳 Maybank

No. Akaun: 0080 5630 4994

Nama: Persatuan Murid-Murid Tua Edwardian Taiping Malaysia

Ref : OEAM HiT’25

📩 Hantar bukti bayaran kepada:

📱 Tiger Farah – 014-296 8769

📢 Sila war-warkan kepada batch masing-masing! Tempat TERHAD!

✨ Ayuh Fellow Tigers, kita berkumpul sambil beramal.  

MAGNI NOMINIS UMBRA

Bos Yang Bagus...

 

Rabu, Oktober 22, 2025

Video Game 1942

 

Foto-foto ihsan Domain Awam

Inilah video game yang Pakcik sangat suka main sekitar 1980an dan 1990an dulu. Malah kini juga akan main sekiranya terjumpa. 

Selasa, Oktober 21, 2025

Adab dan Akhlah Dalam Media Sosial


Adab dan akhlak dalam media sosial meliputi menjaga tutur kata, menyebarkan maklumat yang benar melalui tabayyun (penyelidikan), tidak mencemuh atau mengumpat, menjaga privasi diri, dan menggunakan platform tersebut untuk tujuan yang baik seperti dakwah dan perkongsian ilmu. Kesederhanaan dalam penggunaan dan berhati-hati terhadap komen negatif juga penting. 

Adab dan akhlak dalam media sosial

·         Niat yang baik: 

Pastikan niat asal menggunakan media sosial adalah untuk tujuan yang positif dan tidak menjadikannya ruang untuk perkara negatif. 

·         Jaga tutur kata: 

Elakkan menggunakan perkataan yang tidak baik seperti menghina, mengejek, atau mencela. Pastikan apa yang dikongsikan adalah benar dan sopan. 

·         Amalkan tabayyun: 

Selidik dan semak kebenaran sesuatu perkara sebelum menyebarkannya untuk mengelakkan penyebaran fitnah atau maklumat palsu. 

·         Hindari sifat negatif: 

Jangan bersangka buruk, mencari kesalahan orang lain, mengintip, mengumpat, atau mencemuh. Bersikap positif dan tidak merendah-rendahkan orang lain. 

·         Jaga keselamatan diri: 

Berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak lain. 

·         Gunakan secara sederhana: 

Jangan sampai mengabaikan kewajipan utama kerana terlalu leka di media sosial. 

·         Manfaatkan untuk kebaikan: 

Gunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi ilmu, motivasi, dan perkara yang membawa manfaat kepada orang lain.  

Isnin, Oktober 20, 2025

Guru di Zaman Dulu

 

Sumber: FB Dr Maszlee Malik 

DS Anwar Ibrahim pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran pada tahun 1986-1991 dan pernah mengasaskan Yayasan Anda Akademik pada tahun 1971. 

Ciri-ciri Guru Zaman 1980-an

  • Berdisiplin dan dihormati: Guru dianggap sebagai tokoh masyarakat yang berwibawa dan disegani.

  • Gaya pengajaran tradisional: Penggunaan papan hitam, kapur, dan buku teks sebagai alat utama pembelajaran.

  • Penekanan pada nilai moral dan etika: Guru bukan sahaja mengajar akademik tetapi juga membentuk sahsiah pelajar.

  • Berpakaian kemas dan formal: Penampilan guru mencerminkan profesionalisme dan ketegasan.

  • Hubungan erat dengan komuniti: Guru sering terlibat dalam aktiviti kampung dan menjadi rujukan masyarakat.

Mengapa Guru Dihormati Pelajar dan Ibu Bapa

  • Simbol ilmu dan akhlak Guru dianggap sebagai sumber ilmu, teladan akhlak, dan pembimbing kehidupan. Kata-kata guru sering dijadikan panduan, bukan sekadar dalam bilik darjah tetapi juga dalam kehidupan seharian.

  • Disiplin dan ketegasan yang berhemah Gaya pengajaran yang tegas tetapi penuh kasih sayang menjadikan guru dihormati, bukan ditakuti. Pelajar belajar untuk beradab, bersopan, dan menghargai masa serta usaha guru.

  • Hubungan erat dengan komuniti Guru sering terlibat dalam aktiviti kampung, kenduri, gotong-royong, dan majlis ilmu. Mereka dikenali dan dihormati oleh ibu bapa sebagai tokoh masyarakat.

  • Peranan sebagai pembentuk generasi Ibu bapa melihat guru sebagai pelengkap kepada pendidikan anak-anak, bukan sekadar penyampai silibus. Kepercayaan terhadap guru sangat tinggi.

  • Penampilan dan keperibadian yang kemas Guru berpakaian rapi, berbahasa sopan, dan menunjukkan etika kerja yang tinggi—semua ini menyumbang kepada penghormatan yang diberikan.

Idli


Idli is a traditional South Indian steamed cake made from a fermented batter of rice and black lentilsIt is a popular and healthy breakfast food, often served with sambar (a lentil stew) and chutney. Variations exist, such as rava idli, which uses semolina instead of rice.  

What it is

  • A savory, steamed rice cake originating from South India. 
  • A staple breakfast item in many South Indian households and parts of Sri Lanka. 
  • A fermented food that is a good source of protein and B-complex vitamins. 
How it's made
  • Traditional: 
    A batter of de-husked black lentils (urad dal) and rice is ground and fermented, then steamed to form soft cakes. 
  • Variations: 
    Other versions are made with ingredients like semolina (rava) or oats, which can be prepared more quickly without fermentation. 
How it's served
  • Typically served hot in pairs.
  • Commonly accompanied by sambar and various types of chutney.
  • Can be enjoyed as a light meal or snack