Khamis, September 24, 2026

Mengenang Tok Abdul Munai bin Haji Amin


'Mereka bukan tentera bergaji, bukan pula pemegang darjat kebesaran. Mereka ialah anak-anak kampung yang bangkit mempertahankan agama, keluarga dan tanah air ketika kampung halaman diancam.'

Abdul Munai bin Haji Amin merupakan salah seorang penduduk Kampung Bekor yang terlibat dalam mempertahankan kampung semasa peristiwa yang dikenali sebagai Perang Bekor atau Tragedi Bekor 1946.

Perang Bekor berlaku pada 5 hingga 6 Mac 1946 di Kampung Bekor, Kuala Kangsar, Perak. Kampung tersebut telah diserang oleh kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan unsur komunis selepas berakhirnya pendudukan Jepun. Peristiwa ini mengakibatkan ramai penduduk Melayu terbunuh dan harta benda musnah.

Hanya terdapat sekeping gambar yang menunjukkan rupa paras arwah Abdul Munai bin Haji Amin yang masih tersimpan di Taiping. 

Antara adik-beradik lain arwah Abdul Munai bin Haji Amin ialah Daud bin Haji Amin, Busu Ahmad bin Haji Amin dan Haji Shaari bin Haji Amin. Manakala bapa kepada Abdul Munai dan lain-lain ialah Haji Amin bin Kulub Hitam. 

Pada peristiwa tersebut, semuanya telah syahid dalam mempertahankan keluarga dan kampung. Abdul Munai merupakan bapa kepada Haji Haris (1938-2010) iaitu arwah bapa kami. 

Semoga Allah merahmati semua pejuang Perang Bekor.

"Jasa pejuang kampung tidak selalu tercatat dalam buku sejarah, tetapi pengorbanan mereka hidup dalam ingatan generasi."

"Selagi sejarah diingati, selagi itu keberanian mereka tidak akan dilupakan."

Baca artikel tulisan Dr Mohamed Ali Haniffa


Tiada ulasan: