Sabtu, November 14, 2026

Motivasi Diri: Abdul El-Sayed dan Mamdani

Foto ihsan Sinar Harian

Motivasi Diri: Abdul El-Sayed dan Mamdani 

Ketika seorang wartawan bertanya kepada Mamdani sama ada Abdulrahman Mohamed Al-Sayed ialah “Mini Mamdani”, iaitu versi atau replika dirinya di Michigan, Mamdani memberikan jawapan yang cukup mencerminkan sifat seorang pemimpin sejati. Beliau berkata, “Dia lebih hebat daripada saya dan dia mempunyai kekuatan untuk melakukan perkara yang saya sendiri tidak mampu lakukan.” Jawapan itu bukan sahaja menunjukkan penghargaan terhadap keupayaan orang lain, malah menyerlahkan sikap rendah diri dan keyakinan terhadap potensi pasukannya. Inilah nilai kepimpinan yang wajar dicontohi. Sebagai pemimpin dalam jabatan atau perniagaan, kita perlu belajar untuk merendah diri, mengiktiraf kekuatan orang lain dan mengelakkan sikap terlalu membanggakan diri, kerana pemimpin yang hebat ialah mereka yang mampu mengangkat dan menghargai orang di sekelilingnya.

Sumber inspirasi: FB Norizan Bin Sharif

Tiada ulasan: