Memaparkan catatan dengan label pengurusan jenazah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengurusan jenazah. Papar semua catatan

Sabtu, April 10, 2010

Kursus Pengurusan jenazah di Masjid Negeri Shah Alam


Siang tadi, bermakna pada 10 April 2010, aku dan 8 org kawan-kawan Seri Nuang telah pergi ke Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh pihak Masjid Negeri Shah Alam. Kursus ni buat kat Dewan Seminar, Masjid Negeri. Semua sekali ada 130 orang peserta termasuk laki dan perempuan. Geng-geng dari dari Seri Nuang adalah Ust. Fadzli, Abg. Fauzi, Bro Samad, Taib, Bro Zaini, Mat Harzazi, Fairus dan Kak Jue.

Pagi start dalam kul 8.30 pagi dan abeh pada 4.30 pm. Last sekali ada penyampaian sijil kepada semua 130 peserta. Imam masjid Negeri kena bagi kat semua orang. Majoriti peserta kursus adalah yang berumur dalam linkungan 40an dan 50an. Selebihnya ada yang 30an.

Petang ada praktikal, macam mana nak mandi jenazah, kapan jenazah dan apa bahan-bahan yang diperlukan semasa menguruskan jenazah. Yang syoknya tu, kami dibahagikan dalam kumpulan, modelnya adalah brother Bangla yang kerja kat Masjid negeri tu. Dia kool ja, memang sporting abeh la, kena bungkus semua..