Memaparkan catatan dengan label ptptn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ptptn. Papar semua catatan

Ahad, Februari 01, 2026

Skim Simpanan Pendidikan Nasional

 

Foto ihsan PTPTN

Keistimewaan utama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ialah ia memberi dividen tahunan kompetitif, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma, geran sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga berpendapatan rendah, serta jaminan simpanan oleh kerajaan Malaysia.

Keistimewaan SSPN

1. Dividen Tahunan

  • SSPN memberikan dividen kompetitif setiap tahun.

  • Contoh terbaru: Dividen 4.05% bagi tahun 2024, tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

2. Pelepasan Cukai

  • Pendeposit layak mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

  • Ini menjadikan SSPN bukan sahaja simpanan pendidikan, tetapi juga instrumen kewangan yang mengurangkan beban cukai.

3. Perlindungan Takaful Percuma

  • Pendeposit dengan simpanan minimum RM1,000 layak mendapat perlindungan takaful percuma termasuk khairat kematian.

4. Geran Sepadan

  • Keluarga berpendapatan rendah layak menerima geran sepadan sehingga RM10,000 bagi membantu pendidikan anak-anak.

5. Patuh Syariah & Dijamin Kerajaan

  • SSPN adalah patuh syariah dan simpanan dijamin kerajaan, memberi keyakinan kepada pendeposit.

6. Layak Mohon Pinjaman PTPTN

  • Membuka akaun SSPN adalah syarat wajib untuk memohon pinjaman PTPTN

Rabu, April 19, 2017

Kenduri kahwin dan PTPTN

Cabaran bagi pasangan baharu yang akan berkahwin dan yang teringin nak berkahwin. Adakah ianya patut atau sengaja disusahkan?

Jumaat, November 02, 2007

Riba di sebalik caj perkhidmatan PTPTN


Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI


KESEDIAAN kerajaan untuk meneliti caj pentadbiran yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagaimana jaminan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi awal minggu ini pastilah mampu mengukir senyuman di kalangan penuntut menara gading yang kebanyakannya merupakan peminjam PTPTN. Ketika ini PTPTN mengenakan caj pentadbiran sebanyak tiga peratus berasaskan jumlah pinjaman pada setiap tahun kepada para pelajar yang meminjam daripada tabung tersebut.

Penulis turut berkongsi kelegaan dan kegembiraan dengan jaminan tersebut. Apatah lagi harapan penulis selama ini agar tabung pendidikan yang ditubuh khas kerajaan untuk memberi bantuan pinjaman kepada para pelajar bebas daripada unsur-unsur riba tampak semakin menjadi kenyataan.

Sejak awal diperkenalkan, isu caj perkhidmatan ini sememangnya tidak sunyi daripada polemik perdebatan di kalangan massa. Isu ini kembali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi ketika kerajaan dilihat begitu serius dalam usaha memperhebatkan perkembangan sistem kewangan dan perbankan Islam di negara ini. Pelbagai kempen yang dijalankan tampak semakin berjaya meningkatkan kesedaran rakyat mengenai halal haram dalam urusniaga muamalah khususnya berkaitan riba.

Baca lagi kat sini ...