Ahad, Oktober 02, 2022
Kuala Selangor
Selasa, September 27, 2022
Dr Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia (1926-2022)
KUALA LUMPUR: Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Prof
Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 96 tahun.
Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama
Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi
Allahyarham.
Dilahirkan pada pada 9 September 1926,
Allahyarham dikenali sebagai seorang Mujtahid di era moden ini.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Qatar,
tempat beliau tinggal dalam buangan berikutan penggulingan tentera kerajaan
pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Allahyarham Yusuf telah dibicarakan dan
dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah
menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta
menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Allahyarham sangat masyhur menerusi program Sharia
and Life terbitan saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang dianggarkan
ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.
Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan
Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada
2009.
Sumber: Astro Awani
Lain-lain pautan:
Harakah | Malaysia Now | FMT | Berita Harian | Middle East Eye | Antara Sultra | BBC
Isnin, September 26, 2022
Jumaat, September 23, 2022
Bob Lokman (1964-2022)
Khamis, September 22, 2022
Fakulti Pengurusan Maklumat ---> Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media
:: Fakulti Pengurusan Maklumat - Fakulti Pengajian Maklumat - Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat ::
Jumaat, September 09, 2022
Ahad, September 04, 2022
Yamaha YG 80cc
Jemor sikit bagi kena panas motor legend ni. Warna asalnya adalah merah maroon.
Yamaha YG 80cc tahun 1971. Inilah motor arwah bapak guna masa dia kerja dulu sampai pencen tahun 1993. Yang bestnya, motor ni pernah masuk ITM Shah Alam pada tahun 1984.
4 Sept 2022
#yamahaYG





















![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















