Khamis, April 06, 2023

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia MADANI

YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023. Objektif kajian adalah untuk mewujudkan satu profil membaca rakyat Malaysia yang terkini bagi dijadikan sebagai rujukan mengenai kadar pembacaan dan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.


3.      Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan, kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang bagi memastikan hasil dapatan adalah menyeluruh dan merangkumi dalam semua aspek. Tempoh kutipan data akan berlangsung bermula 6 Mac 2023 hingga 31 Julai 2023.

 

4.         Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk klik pada pautan berikut untuk sertai kajian http://bit.ly/3kds99s atau imbas kod QR yang tertera di poster.  

 

5.         Untuk makluman, penyertaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan  akan menyumbang kepada data profil dan trend membaca rakyat Malaysia. Pelbagai hadiah menarik bakal dimenangi oleh peserta bertuah. 

 

6.         PNM juga ingin memohon kerjasama dan bantuan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan agar dapat membuat hebahan mengenai kajian ini kepada warga kementerian, jabatan, bahagian dan agensi masing-masing menerusi semua saluran komunikasi sedia ada.

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan  dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Klik pada pautan berikut untuk sertai kajian http://bit.ly/3kds99s atau imbas kod QR yang tertera.



Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat, Perpustakaan Negara Malaysia

Selasa, April 04, 2023

Drama 'Rumah Kedai' di bulan Ramadan

 


Drama Rumah Kedai ialah sebuah rancangan drama bersiri sebanyak 30 episod yang disiarkan khas pada setiap hari dalam bulan Ramadan. Ianya mula ditayangkan di TV3 pada 18 Mei 1988. Drama ini memperkenalkan pelakon-pelakon antaranya Harun Salim Bachik sebagai Remy dan Sudiro Sukirman sebagai Tapa. Namun, ianya ditayangkan sehingga tahun 1993 selama 6 tahun.

Gambar bawah tu adalah lokasi rumah kedai bagi enam musim drama ini bersiaran.

Foto ihsan FB Malaysiaku Dulu-dulu Official 

Selasa, Mac 28, 2023

Wakaf Masjid di Bulan Ramadan

 

Jom pakat wakaf sempena Ramadan ini.
FB: Masjid Bukit Bandaraya Shah Alam

Ahad, Mac 26, 2023

Belajar Dari Dr Taki

Sumber: FB Taki Takiyuddin / Mingguan Malaysia 26/3/2023

Rabu, Mac 22, 2023

Salam Ramadan 1444H

Isnin, Mac 20, 2023

Old Edwardian


Jumpa jugak sahabat aku ni, Tiger Palie (OE96). Junior masa sekolah tolong hantar baju masa dinner kat Ipoh (4 Mac 2023) hari tu. Terima kasih banyak dan Magni Nominis Umbra.

20 Mac 2023

#OldEdwardian
#KEVIISchool140years1883-2023

Ahad, Mac 19, 2023

Kerja audit akaun PPM

 

Mesyuarat Audit Akaun Persatuan Pustakawan Malaysia 
19 Mac 2023 | Pejabat Persatuan Pustakawan Malaysia
d/a Perpustakaan negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Yang hadir:
Cik Rohaya Umar, Bendahari Kehormat PPM
Pn Nurul Diana Jasni, Juruaudit Dalaman PPM
Adnan Rizal Haris, Juruaudit Dalaman PPM

Kami dilantik sebagai Juruaudit bagi sesi 2022-2024.