Selasa, Mac 31, 2026

Keputusan SPM 2025


Foto janaan Copilot

SPM 2025 merupakan peperiksaan utama bagi pelajar Tingkatan 5 yang menjadi penentu masa depan akademik mereka, dengan keputusan dijadualkan diumumkan pada 31 Mac 2025. Menariknya, kumpulan calon SPM 2025 ini ialah generasi pertama yang tidak pernah menduduki UPSR pada tahun 2020, selepas pemansuhan peperiksaan tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini menjadikan mereka unik kerana perjalanan akademik mereka berbeza daripada generasi sebelumnya, bermula dengan penekanan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah rendah dan berakhir dengan SPM sebagai satu-satunya peperiksaan besar. Justeru, keputusan SPM 2025 bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi juga simbol peralihan sistem pendidikan negara yang menekankan pembelajaran berasaskan kemahiran dan penilaian holistik.

#SPM2025 #BatchNoUPSR2020

Kisah Diri Sendiri

 


Isnin, Mac 30, 2026

Sarang Art Hub, Tanjong Malim

 

Foto ihsan Domain Awam
Foto ihsan Visit Perak 
Foto ihsan Tourism Perak 

Ahad, Mac 29, 2026

Raya Sekinchan dan Tg Karang


Hari ini kami raya Sekinchan dan Tg Karang pulak

3 Syawal / 23 Mac 2026

Sabtu, Mac 28, 2026

Riadah Jalan Kaki 4 Syawal 1447




Pagi ini ambik masa untuk menyambung aktiviti riadah jalan kaki santai sekitar Tali Ayer 6, Sekinchan (Rumah mertua). Tiga hari yang lalu kita sudah menikmati juadah raya yang sedap, maka kita bagi sistem badan reset semula. Salam masih Hari Raya kepada semua rakan dan taulan.

Kemudian pi raya ke Bendang Tanjong Karang.
24 Mac 2026

Jumaat, Mac 27, 2026

Hari Seniman Negara

 

Tarikh kelahiran Tokoh Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 22 Mac diwartakan sebagai Hari Seniman 2026 bagi mengenang jasa serta sumbangan besar beliau.

Sumber: RTM

Khamis, Mac 26, 2026

Busana Alam Melayu

 

Foto ihsan alammelayu.my

Buku terbaru 2025 bertajuk Pakaian Alam Melayu

Buku ini mempunyai maklumat lengkap dengan bentuk gambarajah pakaian, bentuk potongan, sambungan, bentuk pola, sejarah dan penerangan bahagian-bahagian pakaian.

Harga: RM 280.00
Untuk tempahan, sila hubungi: 011-6378 7215
Emel: johaniskandariah@gmail.com 


Rabu, Mac 25, 2026

Hentian Komuniti Taiping


Hentian Komuniti Taiping ialah rangkaian hentian mesra masyarakat di sekitar Taman Tasik Taiping yang berfungsi sebagai ruang rehat, interaksi sosial, dan simbol bandar berjiwa. Kini terdapat sekurang-kurangnya lapan hentian komuniti di Taiping, termasuk perpustakaan, muzium, zoo, galeri, dan beberapa kafe terkenal.

Tulisan Prof Madya Dr Yong Adilah, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya

Lokasi & Rangkaian Hentian Komuniti

Hentian komuniti di Taiping diwujudkan untuk meningkatkan keselamatan, keselesaan, dan kebolehaksesan bagi:

  • Pejalan kaki

  • Warga emas

  • Keluarga dengan anak kecil

  • Pelancong

Antara hentian komuniti yang telah diiktiraf:

  • Perpustakaan Taiping

  • Muzium Taiping

  • Zoo Taiping

  • Taiping Gallery

  • Yinn’s Patisserie

  • Gigi Coffee Taiping

  • Kopi Antong Taiping

  • ZUS Coffee Taman Tasik Taiping (terbaharu)

Peranan & Kepentingan

  • Simbol bandar berjiwa: Menghubungkan sejarah Taiping sebagai bandar kolonial dengan identiti moden yang mesra komuniti.

  • Ruang inklusif: Menyediakan tempat rehat dan interaksi sosial di kawasan tumpuan awam.

  • Pelancongan & warisan: Taman Tasik Taiping, yang merupakan taman awam pertama di Malaysia sejak 1880, menjadi pusat utama rangkaian hentian komuniti.

Taman Tasik Taiping sebagai Pusat

  • Sejarah: Dahulunya lombong bijih timah, kini landskap hijau dengan latar Bukit Larut.

  • Tarikan utama: Deretan pokok hujan-hujan, suasana damai, dan hentian komuniti yang memudahkan pelawat.

  • Fungsi hentian: Menyokong aktiviti berjalan kaki, berbasikal, dan rekreasi keluarga.

Selasa, Mac 24, 2026

Library Informatics


Photo generated by Flow Ai

Library informatics is a discipline that blends traditional library science with modern information technology to manage, organize, and preserve knowledge resources. It focuses on how information—whether in books, digital repositories, or multimedia formats—can be systematically collected, cataloged, stored, and made accessible to users. The field covers areas such as metadata development, digital preservation, information security, and analytics, ensuring that both physical and electronic resources remain reliable and usable over time. In practice, library informatics equips professionals with skills to run libraries, archives, and information centers while also adapting to the demands of digital transformation, making it a vital area for supporting education, research, and community knowledge sharing.

Isnin, Mac 23, 2026

Al-Quran Mushaf Malaysia Madani

Infografik ihsan BERNAMA

Pelancaran mushaf hibrid yang menggabungkan keindahan seni khat serta seni Islam tempatan dengan inovasi digital itu merupakan usaha memperkasa program tadabbur al-Quran di peringkat kebangsaan, sekali gus membolehkan masyarakat menghayati kitab suci tersebut secara lebih interaktif selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Menurut laporan media, setiap salinan mushaf berkenaan diintegrasikan dengan kod respons pantas (QR) yang membolehkan pembaca mengakses pelbagai bahan sokongan secara digital, termasuk terjemahan dalam pelbagai bahasa, panduan tajwid serta penerangan berkaitan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang berkait dengan ayat al-Quran.


Penyalinan Mushaf Malaysia MADANI mengambil masa hampir lima tahun dan dikendalikan oleh penulis khat Yayasan Restu, Ustaz Abdul Baki Abu Bakar, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang berkenaan.


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyifatkan pelancaran Mushaf Malaysia MADANI sebagai inisiatif penting dalam usaha membentuk generasi al-Quran.


Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa kementeriannya menyokong penegasan Perdana Menteri bahawa pembangunan negara perlu berteraskan nilai kemanusiaan serta panduan al-Quran agar kemajuan yang dicapai kekal berpaksikan akhlak dan nilai insan.


"Sehubungan itu, JPM (Hal Ehwal Agama) komited memperkukuh kefahaman al-Quran serta membina generasi yang berkemajuan, berintegriti, seimbang dan berteraskan nilai," katanya dipetik.


Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan sebuah kontena al-Quran wakaf di bawah Projek Wakaf Satu Juta Al-Quran yang mengandungi naskhah al-Quran berserta terjemahan dalam beberapa bahasa untuk komuniti Muslim di luar negara.


Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperluas penyebaran al-Quran ke peringkat global, selain mempromosikan pemahaman nilai-nilai Islam kepada masyarakat antarabangsa.
Sumber: www.suarakeadilan.my

Ahad, Mac 22, 2026

Perang Meriam Kampung Talang

 

Foto ihsan FB Perak Press

Sabtu, Mac 21, 2026

Dataran Gangga Negara kembalikan seri kegemilangan pekan Beruas

 

Sumber: Berita Harian 

Suasana Hari Raya Di Desa

 


Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli peria,
Syawal menjelma penuh kasih,
Maaf dipohon salah dan dosa.

Jumaat, Mac 20, 2026

Membacha Amalan Mulia

 

Imej janaan Flow AI

Khamis, Mac 19, 2026

Zakat Fitrah Ramadan 1447



Alhamdulillah bayaq zakat fitrah di Simpang petang tadi. Amil tu nama dia Pakcik Wahi. Lokasi di Bazar Ramadan Taman Kota Jaya, Simpang. Syukur kita masih dapat puasa lagi hari ke-30 esok hari.

19 Mac 2026

Salam Aidil Fitri 1447H

 

Rabu, Mac 18, 2026

Literature and Mankind's Heritage


As we advance toward a more scientific and technology‑driven future, let us not lose sight of the stories, wisdom, and cultural heritage that shaped humanity.

Literature and history remind us where we come from, grounding innovation with identity, and progress with purpose.

When we honor our past, we build a stronger path forward.

Source: FB Fakulti Sains Maklumat, FSM - Media Rasmi

Selasa, Mac 17, 2026

Kampung Halaman

 

Foto janaan Flow AI

Isnin, Mac 16, 2026

Jom Masuk U - Fakulti Sains Maklumat, UiTM

https://jommasuku.uitm.edu.my

Tahukah anda bahawa masa depan dunia hari ini digerakkan oleh data, maklumat dan teknologi? Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada generasi profesional yang membentuk masa depan digital, Fakulti Sains Maklumat adalah pilihan yang tepat untuk anda!

Melalui bidang ini, anda berpeluang meneroka pelbagai laluan kerjaya yang sangat diperlukan industri masa kini seperti:
✨ Data Scientist & Data Analyst
✨ Pakar Tadbir Urus Maklumat
✨ Digital Librarian & Archivist
✨ Knowledge Manager
✨ Systems Analyst & IT Project Manager
Di Fakulti Sains Maklumat, anda bukan sahaja belajar mengurus maklumat, tetapi juga menguasai kemahiran penting seperti:
📊 Analisis Data & Visualisasi
🔐 Privasi dan Tadbir Urus Data
📚 Pengurusan Perpustakaan Digital
🧠 Pengurusan Pengetahuan Organisasi
💻 Reka Bentuk Sistem & Strategi IT
🚀 Sertai program Jom Masuk U secara virtual anjuran Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang peluang pengajian, laluan kerjaya, serta kelebihan menyertai Fakulti Sains Maklumat.
🌟 Pilih Fakulti Sains Maklumat – Pilih Masa Depan yang Relevan, Dinamik dan Berimpak Tinggi!


Sumber: FB Fakluti Sains Maklumat, FSM - Media Rasmi

Lima Jenis Kasut Lelaki

 

Sumber: FB Maskulin

Ahad, Mac 15, 2026

Beca Ayah

Beca Ayah

Kisah pengorbanan seorang ayah yang bekerja keras demi keluarga, mengangkat nilai kasih sayang dan kekuatan institusi kekeluargaan yang menjadi asas sesebuah masyarakat.
Nilai ini bukan sahaja hidup dalam keluarga, malah turut berkembang dalam komuniti yang berkongsi semangat kebersamaan dan saling menghormati.
Di Malaysia, kita adalah sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Hari Raya Aidilfitri menjadi momen terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim, mengukuhkan perpaduan dan meraikan kebersamaan.
Saksikan iklan khas “Beca Ayah” terbitan Kementerian Perpaduan Negara.
Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Sumber: Kementerian Perpaduan Negara

Sabtu, Mac 14, 2026

Matriks Jangkaan Lailatul Qadar

 

Sumber: FB Mir Hazil 

Jumaat, Mac 13, 2026

Menteri Jepun Minta Maaf

 


Menteri Jepun Mohon Maaf Kepada Seluruh Negara Selepas Terlewat Lima Minit Hadiri Mesyuarat

Seorang menteri Jepun menjadi tumpuan dunia selepas aksinya berlari memasuki bangunan kerajaan menjadi tular di media sosial, lapor Astro Awanil

Difahamkan, beliau tiba lewat lima minit untuk menghadiri mesyuarat Kabinet pada pagi Jumaat lalu.

Menteri Keselamatan Ekonomi, Kimi Onoda dilihat melompat keluar dari kenderaan sebelum bergegas menaiki tangga dan menembusi kumpulan media dalam usaha mengejar masa.

Rakaman video menunjukkan Kimi Onoda terus berlari menuju bilik mesyuarat bersama seorang pembantu.

Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Sanae Takaichi, sudah bermula ketika kerusi Onoda masih kosong dan beliau hanya sempat mengambil tempat beberapa minit kemudian.

Berpunca daripada kesesakan lalu lintas

Dalam kenyataan susulan, Onoda menjelaskan kelewatannya berpunca daripada kesesakan lalu lintas akibat kemalangan jalan raya secara tiba-tiba.

Menyedari kepentingan ketepatan masa dalam budaya Jepun, beliau tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada seluruh rakyat.

Onoda menegaskan, lazimnya beliau tiba 15 hingga 20 minit lebih awal untuk setiap urusan rasmi, dan insiden itu berlaku di luar jangkaan.

Menurut Astro Awani, beliau juga berikrar akan lebih berhati-hati dalam pengurusan masa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sikap bertanggungjawab Onoda, termasuk tindakan segera memohon maaf, menerima reaksi positif masyarakat yang menilai beliau sebagai contoh profesionalisme dan etika kerja pemimpin negara.

Sumber: https://siakapkeli.my/articles/menteri-jepun-mohon-maaf-kepada-seluruh-negara-selepas-terlewat-lima-minit-hadiri-mesyuarat