Selasa, November 24, 2026

Al-Fatihah: Sasterawan Negara A Samad Said

 

TETAMU SENJA

Kita datang ini
Hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik
Kembali kita kepada-Nya

Kita datang ini
Kosong tangan, kosong dada
Bila pulang nanti
Bawa dosa, bawa pahala
Ah-ah-ah-ah

Pada tetamu yang datang
Dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra
Kepada Tuhan, kepada insan

Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan, kepada insan

Bila kita lihat
Manusia lupa tempat
Atau segera sesat
Puja darjat, puja pangkat

Segera kita insaf
Kita ini punya kiblat
Segera kita ingat
Kita ini punya tekad

Bila kita lihat
Manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat
Ke laut biru, ke kuning darat

Harus kita lekas
Sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas
Sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini
Satu roh, satu jasad
Bila pulang nanti
Bawalah bakti, padat berkat

Kita datang ini
Satu roh, satu jasad
Bila pulang nanti
Bawalah bakti, padat berkat

Tiada ulasan: