Memaparkan catatan dengan label ayahanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayahanda. Papar semua catatan

Isnin, Mei 04, 2026

Jalil Hamid Meninggal Dunia (1957-2026)

 

Semoga Allah merahmati arwah Jalil Hamid

Jalil Hamid, atau nama penuhnya Abdul Jalil bin Abdul Hamid, lahir pada 25 April 1957 di Masai, Johor, ialah seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan penerbit veteran Malaysia yang aktif sejak 1980-an. Beliau terkenal dengan lakonan bersahaja dalam filem seperti Baginda, Zombi Kampung Pisang, Bisik Pada Langit dan Ayahanda, serta lagu-lagu satira seperti “Ayam” dan “Makan”. Sepanjang kerjayanya, beliau meraih pelbagai anugerah termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13. Jalil Hamid meninggal dunia pada 4 Mei 2026 di Shah Alam pada usia 69 tahun, meninggalkan legasi besar dalam dunia seni tanah air.

Selasa, Ogos 03, 2021

Novel Ayahanda

AYAHANDA
Novel ini banyak telah habis dijual di pasaran gara-gara tayangan dramanya di TV3. Ini salah satu cara yang berkesan bagaimana menggalakkan orang ramai membaca buku atau novel yang berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh penulis tersohor tanahair, Saudara Azizi Haji Abdullah.
ISBN: 978-983-461-3815
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka