Memaparkan catatan dengan label warisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warisan. Papar semua catatan

Rabu, Mac 09, 2016

Pertahankan Jawi warisan negara

Jawi ni dulu aku belajar sampai darjah 6 (tahun 1989) semasa di Sek. Keb. Simpang, Taiping. Ustaz yang mengajar tu memang garang. Dia akan bawa rotan setiap kali masuk kelas. Aku pernah kena rotan dengan ustaz tu sebab bersembang semasa dia mengajar. Aduh, sakit betul belakang. Kami berempat kena masa tu. Namun, ianya menjadi pengajaran supaya tidak bersembang atau tidak menumpukan perhatian dalam kelas.

Bila dah masuk menengah di SMK King Edward VII, Taiping, aku masih teruskan penggunaan tulisan jawi dalam subjek Pend. Islam. Ustaz akan menerangkan dan aku mencatatkan dalam buku latihan dalam tulisan jawi sehingga Ting. lima. Itulah keadaan semasa aku sekolah dahulu. Alhamdulillah, aku masih boleh membaca tulisan jawi.
Sumber: UM

Selasa, Ogos 30, 2005

Lagu Warisan


Wahai rakan-rakan sekalian, sempena hari independence nie, marilah kita sama-sama menghayati sebuah puisi ini dimana ianya pernah menjadi lagu ITM pada tahun 1980an:


Warisan

Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri. Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci, Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan. Masa depan sungguh kelam,
Kan Maruah peribadi dah hilang. Kin i kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri. Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara