Selasa, Januari 14, 2014

Mai mula kerja dengan Doa...


Ahad, Januari 12, 2014

Champs Elysees


Jumaat, Januari 10, 2014

Speaking bad Inggeris


Rabu, Januari 01, 2014

Apa istimewa tarikh itu?

ADAKAH ini kebetulan atau susunan ALLAH SWT...

Tahukah anda bahawa 2014 juga tidak terlepas dengan tarikh yang mengujakan? Cuba periksa kalendar anda untuk tarikh yang berikut:

04-04-2014

06-06-2014

08-08-2014

10-10-2014

12-12-2014

Mungkin ada yang berkata, cuma nombor yang sama, tapi apakah rahsia disebaliknya?

Kepada yang selesai menatap kalendar dan mungkin ada yang tidak perasan bahawa tarikh-tarikh tersebut semuanya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam.

Jumaat merupakan hari manusia dihidupkan, dimatikan dan juga dihidupkan kembali di akhirat kelak.

Selain daripada itu, Jumaat juga hari yang menyaksikan umat Islam berkumpul di bawah bumbung rumah-rumah ALLAH SWT untuk menunaikan solat fardhu Jumaat.

Bagi pihak lain, tarikh sebegini mampu memberi 1001 erti dan memainkan peranan yang amat besar dalam membina dan memelihara hubungan. Untuk sesetengah orang, tarikh yang menarik akan memelihara memori yang berlaku pada tarikh tersebut.

Sumber: Muhamad Hafiz Mahmood / Sinar Harian

Selasa, Disember 31, 2013

Tengok Syeikh Karim best jugak ni.


Isnin, Disember 30, 2013

Motor Legend ni...


Kuala Lumpur: Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda) mengumumkan jenama motosikal ikoniknya Honda EX5 Original akan dihentikan pasarannya di peringkat tempatan selepas 26 tahun menjadi ‘Raja Kapcai Malaysia’ bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) yang bersidang di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Eropah (UNECE).

Syarikat itu berkata, pengeluaran motosikal yang menggunakan kod C100 dan C100MB itu akan ditamatkan secara rasmi berkuatkuasa 31 Disember 2013 dan ia diganti oleh Honda EX5 Dream 110 baharu yang dilancarkan pada Julai lalu. “Honda EX5 Original sudah menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada semua rakan niaga dan pengedar motosikal Boon Siew Honda sejak lebih dua dekad lalu dan turut menyumbang daripada aspek mobiliti kepada pelanggan serta komuniti dalam pelbagai lapisan masyarakat,” katanya pada satu kenyataan, di sini, semalam.

Boon Siew Honda berkata, Honda EX5 Dream 110 baru mengekalkan penampilan klasik model sebelumnya secara keseluruhan dan ia dilengkapi dengan ciri dipertingkatkan seperti enjin 110cc Standard Euro 2 yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak satu peratus dengan kecekapan bahan api 53.6 kilometer/liter, tangki minyak empat liter lebih besar, tayar dan tempat duduk lebih lebar dan suspensi lebih lasak.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan niaga dan pengedar, pihak media dan paling utama, pelanggan yang terus memberi sokongan dan kami amat menghargai jalinan persahabatan dengan semua pemegang saham dan amanah harta. Kami berharap agar dapat melangkah ke depan dengan sokongan semua pihak kepada model baru ini,” katanya.

Sumber:  Harian Metro Online

Isnin, Disember 23, 2013

Majlis Syahadah di Masjid Negeri Shah Alam pada 13 Dis 2013...

Sumber: YouTube