Rabu, November 16, 2022

Makna Kesetiaan pada Tempat Bekerja

Sumber: Internet

Selasa, November 15, 2022

Panduan Perpustakaan Keluarga

Klik pada gambar di bawah untuk muat turun Panduan Perpustakaan Keluarga

Sumber: PNM

Khamis, November 10, 2022

Kisah Inspirasi: 11 tahun berjuang, kini Dr. Abdullah Fairuzullah genggam PhD

11 tahun berjuang, kini Dr. Abdullah Fairuzullah genggam PhD

8 November 2022

PAYA BESAR, 5 November 2022 - Berbekal doa dan kecekalan hati serta bersabar, Dr. Haji Abdullah Fairuzullah Ahmad Tajuddin dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) berjaya bergelar Doktor Falsafah (PhD) Sains Komputer) setelah berjuang  selama 11 tahun untuk menghabiskan pengajian. Menurut Dr. Haji Abdullah, pelbagai cabaran terpaksa ditempuh sepanjang menyambung pengajian secara sepenuh masa di bawah penyeliaan Profesor Madya Dr. Noraziah Ahmad dengan tajuk ‘Binary Vote Assignment Grid Quorum with Load Balancing (BVAGQ-LB) Algorithm for Managing Replication in Distributed Database Systems’.

“Saya pernah mengalami kemurungan selama dua bulan dan tidak mahu berjumpa dengan orang di luar. Namun, alhamdulillah berkat doa dan sokongan ramai insan yang membantu membolehkan saya mendapat kekuatan untuk terus berjuang,” katanya. 

“Selain itu, pengurusan masa yang betul perlu dititikberatkan sepanjang menjadi pelajar di samping mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan badan sentiasa bertenaga untuk menguruskan rumah tangga dan mengulangkaji pelajaran. Kejayaan yang saya capai hari ini, saya jadikan dorongan dan inspirasi untuk anak-anak saya dan golongan muda yang lain turut sama berusaha serta memotivasikan diri mereka untuk terus belajar dan mencapai apa yang mereka impikan,” ujarnya lagi.

Nasihatnya jangan berseorangan dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan.  Selain doa ayah, Ahmad Tajuddin Mohd Alias dan ibu, Kamariah Hassan, isteri, Noraini Razali  dan anak-anak menjadi sumber kekuatan untuk beliau terus cekal dan bersemangat.  Menyoroti kenangan lalu, Dr. Haji Abdullah nyata terharu dengan pengorbanan isteri dan lapan anak-anaknya iaitu Ahmad Syahmi Abdullah Fairuzullah (17 tahun), Ahmad Ibrahim Abdullah Fairuzullah (15 tahun), Fatimah Rajihah  Abdullah Fairuzullah (14 tahun) dan Ahmad Syihabuddin Abdullah Fairuzullah (12 tahun).  Empat lagi ialah Fatimah Khadijah Abdullah Fairuzullah (11 tahun), Muhammad  Abdullah Fairuzullah (7 tahun), Fatimah Aminah Abdullah Fairuzullah (4 tahun) dan Fatimah Jameelah Abdullah Fairuzullah (sebulan). 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

 

Sumber: https://news.ump.edu.my/convocation/11-tahun-berjuang-kini-dr-abdullah-fairuzullah-genggam-phd?fbclid=IwAR0MCuz7AS-XXKlK6wT1DvlGYUNTfOF6wvW1qJYYEjMkaPxMtkg9WvQaYvg

Rabu, November 09, 2022

Jalan Masih Panjang; Anwar: The Untold Story

Sumber: MStar

Sumber: Malaysia Dateline

Malaysia Dateline - November 8, 2022

Sebuah filem biopik bertajuk ‘Jalan Masih Panjang’ yang berdasarkan kisah hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, dilaporkan bakal didokumentarikan dalam sebuah filem yang masih dalam proses penggambaran. Filem ini merupakan hasil kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang masih berada di fasa pembikinan.

Apa yang menarik, filem kerjasama produksi pelakon Malaysia dan Indonesia ini bakal menampilkan pelakon Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim dan Acha Septriasa sebagai Wan Azizah

Malah, ketika ini sudah berlegar di media sosial beberapa keping foto yang menunjukkan proses pembikinan filem yang masih lagi sedang berjalan.

“Weh! Filem tentang Anwar Ibrahim akan jadi kenyataan! Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan 2 negara. Yang akan jadi Anwar Ibrahim ialah Farid Kamil. Yang akan melakonkan watak Dr Wan Azizah adalah Acha Septriasa. Direktor pula Viva Westi! Tak sabar weh,” ciap pengguna Twitter Mad Marquez sambil berkongsikan tangkap layar hantaran Instagram pelakon Indonesia, Hans de Kraker.

Sementara itu, calon di Parlimen Kangar, Amin Ahmad mengesahkan pembikinan filem berkenaan dan memberitahu bahawa sejak 2018 ada beberapa pihak bertemunya untuk menghasilkan filem berdasarkan kisah Anwar Ibrahim.

“Oleh kerana sudah tersebar rancangan penerbitan filem mengenai Anwar Ibrahim – lakonan Farid Kamil dan Acha Septriasa, maka bolehlah saya kongsi juga sedikit sumbangan daripada kajian mengenai Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan sutradara filem ini.

“Sebenarnya selepas 2018 ada beberapa pihak telah bertemu saya tentang bahan ini – atas cadangan Pejabat DS Anwar sendiri. Ada yang nak buat dokumentari, ada yang nak buat filem. Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan ‘Jalan Masih Panjang’,” tulisnya di Facebook.

Filem ini diarahkan oleh Viva Westi iaitu pengarah dan penulis dari Indonesia, beliau sebelum ini pernah mengarah filem seperti The Ex-Lover Shop, Koki-Koki Cilik 2 dan Mursala.

Sumber: https://malaysiadateline.com/filem-jalan-masih-panjang-berdasarkan-kisah-anwar-ibrahim-dalam-pembikinan/

Lain-lain pautan: The Vocket | Malaysiakini | The Rakyat Post | Getaran | MStar | Kosmo | Utusan Malaysia 

Ahad, November 06, 2022

Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2022

Dari kiri: Azwan (Wak) PPK, Penulis, Ummi Sham, Zura PPK & Fairul PPK

Pada 5 & 6 Nov 2022, saya telah bertugas sebagai Juri atas jemputan pihak Perpustakaan Putrajaya bagi mengadili penyertaan bagi Pertandingan Perpustakaan keluarga 2022. Sebanyak 16 buah rumah yang mana 8 buah darinya adalah dalam kategori apartment dan selebihnya dari kategori rumah teres. Untuk pertandingan ini, saya bekerja bersama Ummi Sham iaitu seorang Pustakawan otai yang mempunyai pengalaman luas dalam kategori perpustakaan keluarga ini. 

Salah satu manfaat daripada sesi ini ialah kita dapat berinteraksi dengan pemilik perpustakaan itu sendiri sambil bertukar-tukar pendapat dan idea. Kita juga dapat melihat kepelbagaian dan kreativiti yang dipamerkan oleh setiap peserta. 

Penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan Disember 2022. 

Jumaat, November 04, 2022

Great Leadership

Source: Internet

Selasa, November 01, 2022

Nasab Nabi Muhammad saw

 

Inilah nasab keturunan Nabi Muhammad saw yang sepatutnya dihafal oleh kita semua.

Sumber: Majelissayyidulwujud