Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah direka oleh Encik Mohamed bin Hamzah, seorang kakitangan JKR Negeri Johor, pada tahun 1938. Pada 15 November 1949, hanya tiga reka bentuk terpilih ke peringkat akhir, dan ciptaan beliau diumumkan sebagai pemenang.
Reka bentuk asal bendera tersebut mengalami beberapa pindaan, antaranya bulan sabit dan bintang yang pada mulanya berwarna putih ditukar kepada warna kuning bagi melambangkan warna diraja.
Pada 19 Mei 1950, reka bentuk ini mendapat kelulusan King George VI dan dikibarkan buat pertama kali di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur, pada 26 Mei 1950.
Nama baharu bagi bendera Malaysia telah diumumkan kepada JALUR GEMILANG sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, pada 31 Ogos 1997.
Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga, sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan semangat cintakan tanah air.





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan