Maahad Tahfiz Al Imam Al Adni menawarkan pengajian hafazan al-Quran sepenuh masa
selama 3 tahun, merangkumi asas Fardhu Ain, Bahasa Arab, Tajwid, dan Akhlak.
Fokus utama adalah melahirkan huffaz berkualiti yang kemas hafazannya dan
berakhlak mulia.
Bagi menjaga mutu hafazan, Maahad melaksanakan Program
Ithbat (tasmik bacaan) secara berkala bagi pelajar 10–30 juzuk. Penilaian
dijalankan 3 kali setahun bersama panel Persatuan Institusi Tahfiz alQuran
Negeri Selangor (PITAS) sebagai langkah kawalan kualiti.
Matlamatnya ialah melahirkan huffaz yang mahir, berdisiplin, dan mampu berperanan aktif dalam masyarakat.
Maahad Al Imam Al Adni merupakan pusat pengajian &
tarbiah yang diasaskan oleh Guru Mulia Al Habib Dr. Abu Bakar Al Adni bin Ali
Al Mashur رحمه الله تعالى , seorang ulama’ dan pemikir Islam berpengaruh
dari bumi Hadhramaut, Yaman. Sehubungan dengan itu, Maahad Al Imam Al Adni
mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program
pra Tahfiz Al-Qur’an, program Tahfiz Al-Qur’an dan program talaqqi kitab
Tafaqquh Fiddin (persediaan ke Yaman) .
Syarat-Syarat Kemasukan Pelajar:
- Beragama
Islam
- Berumur
9-13 tahun bagi pra Tahfiz Al Qur’an, 9-17 tahun bagi program Tahfiz Al
Qur’an dan 13-7 tahun bagi Tafaqquh Fiddin.
- Pelajar
hendaklah sihat tubuh badan, mental dan fizikal serta mampu mengikuti
aktiviti program harian Maahad yang telah ditetapkan seperti mengikuti
pengajian, solat berjemaah dan sebagainya.
- Berkeinginan
kuat untuk menghafaz Al Qur’an, teks ilmu dan mengaji secara mendalam
disiplin ilmu ugama Islam.
- Mempunyai
tingkah laku dan akhlak yang baik dan terpuji.
- Tidak
mempunyai rekod jenayah / juvana /salahlaku akhlak.
- Calon
pelajar & ibubapa bersedia mengikuti
- Lulus
temuduga.




![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan