KUALA TERENGGANU – Pemetik api terpakai mungkin tidak
berharga bagi kebanyakan orang, namun seorang lelaki warga emas mampu
menukarnya menjadi dekorasi dinding rumah yang
indah dan unik.
Idea kreatif Ismail Hassan, 71, dalam menghias dinding
rumahnya di Kampung Kuala Bekah di sini, dilakukan sejak tiga tahun lalu
menggunakan lebih 4,000 pemetik api terpakai.
“Saya mempunyai banyak pemetik api terpakai yang tidak lagi
digunakan setelah gasnya habis dan mula mendapat idea untuk memanfaatkannya
sebagai hiasan pada tahun 2023.
“Idea ini tercetus hasil daripada inspirasi daripada Rumah Botol,
Setiu yang menggunakan botol kaca terpakai sebagai hiasan,” katanya ketika
ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Bekah di sini semalam.
Ismail berkata, kebanyakan pemetik api terpakai yang
dikumpulnya itu dikutipnya di sekitar bandar raya ini.
“Ramai juga kenalan menyumbang pemetik api terpakai mereka
apabila mengetahui hobi saya. Hampir semua pemetik api yang dikutip bukanlah
jenis eksklusif yang biasanya disimpan, sebaliknya cuma jenama biasa dan
murah,” katanya.
Ismail berkata, dia menggunakan teknik memasang dawai pada
dinding rumah sebelum mengikat pemetik api terpakai menggunakan tali tangsi.
Menurutnya, teknik tersebut bukan sahaja menjadikan dekorasi
pemetik api terpakai tersebut menjadi lurus, malah mudah ditukar baharu apabila
dikehendaki.
“Kerja-kerja menghias dinding rumah dengan dekorasi pemetik api ini masih belum selesai,” katanya.
Sumber: Kosmo





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan