Hari tu masa pi tengok final kat Stadium Merdeka, saja la pi ronda kat tepi VI dan cari pintu pagaq dia. Rupanya kena turun sikit kat tepi Stadium Negara. Dah jumpa tu, cubalah tanya pengawal keselamatan berbangsa India tu:
"Anney, buleh ka saya ambik gambaq depan bangunan putih tu?"
Anney tu cakap, "Pengetua tak benarkan sapa-sapa ambil gambar la bang"
"Ohhh itu macham ka? Takpalah Anney. Baik"
Lepas tu ambik ja la gambaq depan pagaq. Lama dah teynang bangunan utama warna putih tu. Ikut sejarah, bangunan asal VI tahun 1893 tu dok kat sebelah Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee tepi sungai tu. Oleh sebab banjir selalu, depa buat bangunan baru yang dok ada sekarang ni atas bukit sebelah Stadium Merdeka.
11 Julai 2026




![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan