Memaparkan catatan dengan label nasi lemak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi lemak. Papar semua catatan

Isnin, Julai 14, 2025

Nasi Lemak - A Nation's Breakfast

 

Foto ihsan Ajinomoto 

Nasi lemak merupakan makanan kebangsaan Malaysia yang bukan sahaja digemari oleh semua lapisan masyarakat, malah menjadi simbol perpaduan dan identiti negara. Hidangan ini terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan, disajikan bersama sambal pedas, ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus, dan hirisan timun. Keunikan nasi lemak terletak pada gabungan rasa lemak, pedas, masin dan manis yang harmoni—mencerminkan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia. Dahulunya makanan petani dan nelayan, nasi lemak kini dinikmati di seluruh negara pada bila-bila masa, dari gerai tepi jalan hingga ke restoran mewah. Ia juga telah dicalonkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO, menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap warisan kulinari Malaysia

Sabtu, Disember 11, 2004

Makan la semua yg ada di malaysia

Foto ihsan Internet 

Nasi Lemak...

Nasi yang berlemak dan bersantan. Enak dimakan ketika masih panas! Lagi sedap kalau disediakan oleh ibu yang tercinta! Nasi lemak yang dibeli bukanlah tak sedap tetapi disediakan daripada ramuan yang kurang sihat! Ramuan yang digunakan oleh ibu2 sudah tentu dijamin kualitinya! Oleh itu makanlah nasi lemak yang disediakan oleh ibu anda.

Nasi lemak merupakan sarapan pagi yang sekarang ini telah dijadikan makanan sepanjang masa. Malam, Siang, Tgh Hari. Bila2 nasi lemak boleh dimakan! 

Cuma, pada pendapat saya, nasi lemak enak dimakan ketika pagi ataupun ketika malam! Sekali makan pasti mengantuk! Kandungan lemaknya membuat kita menjadi malas. Kurangkan makan nasi lemak ni.

Dulunya merupakan makanan orang2 melayu. Sekarang semua bangsa Malaysia makan bendalah ni! Nasi lemak! Makanan Malaysia.