Khamis, Februari 06, 2025
Kerajaan mahu naik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC
Kerajaan mahu naik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC
Berita
Harian – 26 Jan 2025
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengumumkan perkara itu, berkata kerajaan akan mengambil tanggungjawab itu dengan memastikan perpustakaan itu nanti ditempatkan dengan karya ilmiah Profesor Diraja, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Justeru, beliau berharap inisiatif berkenaan dapat dimanfaatkan generasi akan datang selain mereka berupaya meraih inspirasi daripada nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
"Insya-Allah kerajaan akan mengambil
inisiatif untuk menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di
ISTAC dengan koleksi terkini yang dianggarkan mempunyai lebih 150,000 naskah.
Perpustakaan
itu nanti bakal menjadi perpustakaan premier mengenai Islam dan Asia
Tenggara...rantau ini. Justeru, marilah kita semua panjatkan doa kepada Allah
supaya generasi akan datang akan peroleh inspirasi dan manfaat daripada contoh
paling terbaik iaitu ilmuan Islam dan guru kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan
sempena syarahan bertajuk Islam : The Covenants Fulfilled yang disampaikan oleh
Syed Muhammad Naquib di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini. Yang
turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan
Timbalannya, Datuk Seri Mustapha Sakmud.
Menyoroti detik ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) suatu masa dulu, Perdana Menteri berkata, ABIM pernah berdepan banyak
cabaran pada masa itu. Namun begitu, beliau berkata, cabaran yang diterima
langsung tidak berupaya menghalang pihaknya ketika itu untuk mempromosikan
pemikiran Syed Muhammad Naquib yang terkandung dalam naskah nukilan intelektual
Islam itu. Antara naskah yang diangkat pada waktu itu, kata Anwar, adalah
bertajuk Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972) dan Risalah Untuk
Kaum Muslimin (1973).
"Berkat bimbingan Profesor (Syed Muhammad) Naquib, melalui
Gerakan Kepemudaan, kami tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam usaha
kami untuk menjadi ejen perubahan, menyemarakkan semangat dalam kalangan belia
Malaysia untuk hidup dengan penuh integriti berdasarkan nilai-nilai yang baik. Terlalu
banyak yang boleh diperkatakan mengenai karya-karya ini sehingga tidak akan
dapat dihuraikan sepenuhnya dalam masa yang terhad ini. Namun, saya ingin
menekankan satu perkara asas dalam semua karya ini iaitu keutamaan maruah
Melayu dan kekuatan semula jadi masyarakat Melayu yang dibina atas asas
nilai-nilai Islam. Ini adalah aspek yang perlu diulang penegasan terutamanya di
zaman ini, bukannya terjebak dalam ilusi yang dicipta sendiri tentang 'Melayu
kehilangan kuasa' dan kegilaan berdebat untuk menegakkan ketuanan Melayu,"
tegasnya.
Rabu, Februari 05, 2025
Perpustakaan Wakaf Hajah Gayah, Pulau Pinang
GEORGE TOWN - 10 beradik sepakat mewakafkan dua unit rumah keluarga mereka di Pangsapuri Warisan Tanjung di Tanjung Tokong di sini untuk dijadikan perpustakaan bagi kegunaan awam di negeri ini.
Salah seorang wakil keluarga pewakaf, Dr Imran Abdul
Khalid, 65, berkata, tujuan mereka mewakafkan kedua-dua unit tersebut pada 2023
kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk membantu pelajar
yang tidak berkemampuan dalam mendapatkan sumber ilmu pengetahuan.
Imran
berkata, kesemua adik-beradiknya bersatu hati untuk mewakafkan kediaman tersebut
sebagai perpustakaan agar pahala sentiasa mengalir buat ibunya, Gayah Osman
yang meninggal dunia pada 2019.
"Arwah ibu
sentiasa terapkan kepentingan ilmu kepada kami dan dia selalu mengingatkan,
ilmu boleh mengubah nasib kami yang serba kekurangan.
"Disebabkan itu, kami 10 beradik sangat mementingkan pelajaran dan hasilnya, kesemua kami berjaya menamatkan pelajaran di peringkat PHD.
Selasa, Februari 04, 2025
Kuih Gelembung Buaya
Kuih ni orang Klate panggil 'Kuih Gelembung Buaya'. Nama dia istimewa dan warna pun ada dua, merah dan hijo. Manis sunggoh kuih ni. Kena cari sejarah macam mana nama dia diberi.













![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















