Jumaat, November 13, 2026

Bertemu Timbalan Mufti Negeri Perak


Saya berpeluang bertemu dengan Timbalan Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim.

Antara petikan nasihat beliau ialah:

"Dalam menghadapi cabaran zaman, setiap peringkat masyarakat dipanggil menegakkan hikmah. Utamakan persamaan, sambut perbezaan dengan toleransi dan jauhi fitnah serta persengketaan yang mencetuskan retak dalam masyarakat. Hiasilah diri dengan akhlak terpuji, lapangkan dada dan suburkan semangat muhibah dalam setiap percakapan dan tindakan baik sesama Muslim mahupun dalam ruang masyarakat majmuk"
4 Nov 2026

Khamis, November 12, 2026

Belajar Untuk Senangkan Orang Lain

Sumber: FB Public Health Malaysia

Rabu, November 11, 2026

Saya Mahu Lakukan Yang Terbaik - PMX

 

Selasa, November 10, 2026

Dr Abd Ghani Genggam PhD di Usia 81

 

Ihsan BERNAMA
Ihsan Buletin TV3
Ihsan tvoice

Bachok: Mempunyai pelbagai komplikasi kesihatan tidak menghalang seorang datuk yang mempunyai 35 cucu menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 81 tahun dalam Istiadat konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini.

Lebih manis, Dr Abdul Ghani Muhamad berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Tasawuf dan Tarekat tepat masa selama empat tahun. Abdul Ghani berkata, cabaran utama untuk menghabiskan pengajiannya adalah faktor kesihatan diri yang mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, prostat dan saraf.

"Saya juga menjalani dua kali pembedahan mata sepanjang pengajian selain berdepan faktor usia lanjut seperti ingatan merosot. Saya juga perlu menguasai teknologi digital hari ini, kena belajar komputer namun anak dan cucu menjadi motivasi untuk saya habiskan pengajian," katanya ketika ditemui di Majlis Istiadat Konvokesyen UMK ke-16 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Bachok, di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata, objektifnya mengambil PhD adalah bagi memenuhi impian masa mudanya yang mahu menjejak kaki ke menara gading dengan pengajian paling tinggi.

Disebabkan faktor kewangan dan berkeluarga, dia terpaksa menangguhkan hasratnya sehingga berpeluang melanjutkan pengajian selepas sembilan anak sudah besar dan berkeluarga selain sudah bersara sebagai guru agama. Malah, suami kepada Che Norma Che Ismail, 79, yang tinggal di Bukit Marak ini bersemangat mahu meneruskan pengajian PhD sekali lagi dalam bidang agama di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan di UMK.

Dia antara 4,035 graduan UMK yang diraikan pada konvokesyen kali ini membabitkan lapan sidang bermula hari ini sehingga Khamis. Dalam konvokesyen itu, Abdul Ghani yang juga graduan PhD tertua UMK diraikan lebih 20 anak, menantu dan cucu yang hadir ke majlis konvokesyen di UMK Bachok.

Sumber: Harian Metro (1 Nov 2026)

Isnin, November 09, 2026

Jasa Seorang Pemimpin

 

Jasa pemimpin yang baik akan terus disebut dan dikenang walaupun mereka sudah tiada kerana sumbangan, pengorbanan dan kepimpinan mereka memberi kesan yang besar kepada masyarakat. Pemimpin yang berintegriti, berwawasan serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat akan meninggalkan legasi yang berkekalan. Nama mereka sering dijadikan teladan dan inspirasi kepada generasi seterusnya kerana kejayaan serta nilai murni yang mereka terapkan sepanjang memimpin. 

Ahad, November 08, 2026

Himpunan Keluarga Besar Md Riau 2026 - Ver 5.0

Himpunan Keluarga Besar Md Riau 2026

Kali ini dianjurkan di Dewan Bandar Baru Kuala Selangor. Ini merupakan edisi kelima penganjurannya semenjak kali pertama diadakan pada tahun 2003.
8 Nov 2026

Membaca dan Berfikir

 

Kemerosotan budaya membaca dan berfikir merupakan antara cabaran utama yang boleh menjejaskan kemajuan sesebuah peradaban. Budaya membaca bukan sekadar amalan memperoleh maklumat, tetapi juga asas kepada pembentukan ilmu, pemikiran kritis dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Apabila masyarakat semakin kurang membaca, mereka cenderung bergantung kepada maklumat yang ringkas, tidak sahih atau bersifat sensasi tanpa menilai kesahihannya. Keadaan ini boleh menyebabkan penyebaran maklumat palsu, kelemahan dalam daya analisis serta kemerosotan keupayaan berfikir secara mendalam.

Dalam jangka panjang, masyarakat yang kurang membaca dan berfikir akan menghadapi kesukaran untuk melahirkan golongan intelektual, inovator dan pemimpin yang mampu membawa perubahan positif. Oleh itu, usaha membudayakan pembacaan, memperkukuh literasi maklumat dan menggalakkan pemikiran kritis perlu diperkasakan agar peradaban yang berilmu, berfikiran matang dan berdaya saing dapat terus dibina dan dipertahankan.