Rabu, Jun 26, 2024

Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pendidikan

 


Alhamdulillah, telah berjaya tamatkan kursus secara atas talian: Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pendidikan anjuran MOOC, UTM  pada 24 Jun 2024. 

Selasa, Jun 25, 2024

Token Keretapi Klasik

 

Ketua Stesen sedang menunggu keretapi untuk menyampaikan 'Token Keretapi' bagi kuasa bertolak
Foto ihsan Internet 

Token keretapi terawal pada tahun 1885 bagi laluan Taiping-PortWeld
Sumber: KTMB

Peneranngan mengenai Token Keretapi
Sumber: KTMB

Isnin, Jun 24, 2024

National Training Week 2024


National Training Week 2024 datang lagi. Pelabagai kursus dan latihan untuk kemahiran diri terdapat di sini. Cepat daftar di https://nationaltrainingweek.gov.my untuk menyertai kursus dan latihan yang disediakan.

Sabtu, Jun 22, 2024

Pelihara Bahasa Kamu Itu - O. T. Dussek

Foto ihsan www.suara.tv

Seorang pegawai British, bernama Oman Theodore Dussek (1886-1965) yang merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris, di Tanjung Malim.Semasa beliau berucap kepada para penuntut pada tahun 1935, Dussek berkata:

"Bahasa kamu ( Bahasa Melayu ), saya percaya diucapkan oleh lebih daripada 70 juta manusia.Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia.Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu.Bersatulah meninggikannya ke tarafnya yang layak dalam kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu."

Kenyataan ini, bukan sahaja dipetik dalam akhbar The Straits Times pada tahun sama.Malah, ia turut disebut dalam buku ' Harun Aminurrashid ' oleh Abdullah Hussain pada 1982.

Sumber : O.T Dussek, Pengetua Pertama Maktab Perguruan Sultan Idris / Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Kredit : #LokqTalu

Jumaat, Jun 21, 2024

Buku Nadir


Khamis, Jun 20, 2024

Festival KOPUJI (Kopi, Puisi, Jiwa)

 

Haii Guys!!!
Jom serbu Festival Kopi,
KOPUJI @Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Bukan hanya ada lebih 30 booth untuk dikunjungi, tapi pelbagai aktiviti menarik pon ada tau!!
Ada pameran buku
jualan makanan
pertunjukan barista
persembahan Buskers
dan persembahan artis tempatan juga turut disediakan
Eh, jangan ketinggalan! Ayuh nikmati aroma kopi yang tiada tandingan!
Pastikan anda ada dalam senarai VIP! Cepat! Jangan sampai terlepas peluang ini!
Imbas je QR code ini untuk mendaftar📱📱

Rabu, Jun 19, 2024

Children and Librarian

 

Foto: fridaystuff.com 

Selasa, Jun 18, 2024

Sekolah Tertua di Malaysia

This should be if interest to you. Is your School one of the OLDEST SCHOOLS in Malaysia?

111 OLDEST SCHOOLS IN MALAYSIA

1》 Penang Free School (established 1816)

2》 Malacca High School (established 1826)

3》 St. Thomas’ Secondary School, Kuching (established 1848)

4》 St. Mary's School, Kuching (established 1848)

5》 St. Xavier’s Institution (established 1852)

6》 Convent Light Street (established 1852)

7》 Infant Jesus Convent, Melaka (established 1860)

8》 St. Luke School, Sri Aman (established 1863)

9》 St. Francis Institution, Melaka (established 1880)

10》 St. Teresa’s School, Kuching (established 1881)

11》 St. Mary's School, Sandakan (established 1883)

12》 King Edward VII School, Taiping (established 1883)

13》 St. George’s Girls' School (established 1884)

14》 St. Michael’s School, Sandakan (established 1888)

15》 Treacher Methodist Girls' School, Taiping (established 1889)

Isnin, Jun 17, 2024

Qurban di Sekinchan


Sekitar 10 Zulhijjah di Sekinchan. Lembu ini dikorbankan oleh keluarga mertua. Lembu disembelih dulu di Batu 23, Sg. Nibong dan kemudian dibawa balik ke rumah di Tali Ayer 6 untuk diagihkan. Adik ipar yang usahakan kandang lembu di sana. Tukang sembelih juga adik ipar yang laksanakan.
Semoga segala ibadah diterima oleh Allah swt.
17 Jun 2024

#aidiladha1445 

Salam Aidil Adha 1445H (2024)

 

Ahad, Jun 16, 2024

Zikir Hari Arafah

 

Sumber: Internet 

Sabtu, Jun 15, 2024

Tali Ayer 6 Sekinchan


Pakcik ada di Tali Ayer 6, Sekinchan sempena Aidil Adha 1445H. Jalan tepi kanan tu menuju ke jalan besar dan di seberang jalan akan kelihatan Balai Bomba Sekinchan.

15 Jun 2024

Sumbangan Bahan Bacaan - Kiosk Buku

 

Jumaat, Jun 14, 2024

Cara Solat Jenazah

 Cara-cara Solat Jenazah: 






Sumber: Facebook Kongsi Ilmu Agama

Khamis, Jun 13, 2024

Rabu, Jun 12, 2024

Bedah Buku 65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986)


Hari ini hadir ke Program Bedah Buku: 65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986) berlangsung di PTSL, UKM Bangi. Buku ini hasil karya PM Dr Taki Takiyuddin Ismail, Pensyarah Kanan di UKM. Dapat juga berjumpa dengan rakan sekelas semasa di UiTM (2000-2003) dan juga rakan-rakan Pustakawan yang seprofesi. Gambar kiri atas merupakan Abang Ruzlan Omar, pemain dram kumpulan The Gypsies - 1969 (Kemudian: Sons of Adam - 1972). Gambar kanan atas merupakan penulis buku.

12 Jun 2024

Selasa, Jun 11, 2024

Bedah Buku @PTSL, UKM


𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔@𝐏𝐓𝐒𝐋 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟏: 𝐁𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐊𝐔 "𝟔𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐔𝐙𝐈𝐊 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎 𝐊𝐄 𝐆𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 (𝟏𝟗𝟓𝟓-𝟏𝟗𝟖𝟔)"

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan UKM akan mengadakan Bicara Ilmu@PTSL Siri ke 11 yang bertajuk Bedah Buku “65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986)” pada ketetapan yang berikut:
🗓 Tarikh : 12 Jun 2024 (Rabu)
🕥Masa : 10:30 pagi - 12:00 tengah hari
🏫Tempat : Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji, Perpustakaan Tun Seri Lanang
(Disiarkan juga melalui FB Live Perpustakaan Tun Seri Lanang https://www.facebook.com/ptslukm/)
Penceramah:
Prof. Madya Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sejarah, Politik & Antarabangsa,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM
Semua warga UKM dijemput hadir dan penyertaan peserta akan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat UKM (UrusBakat).
Kehadiran seluruh warga UKM ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Isnin, Jun 10, 2024

Legasi 100 Tahun Minyak Afiat

 

Sumber: Utusan Malaysia 

Berita lain: FunnelEvo | Kosmo | Suara Merdeka

Ahad, Jun 09, 2024

Kayuhan Santai Hari Minggu

Kayuh Petang Minggu

Masak lemak pucuk paku
Tambah pula sayor labu
Kayuhan santai hari minggu
Pelan-pelan ja tak laju
9 Jun 2024

Sabtu, Jun 08, 2024

Bina Perpustakaan Yang Bagus

 

Jumaat, Jun 07, 2024

Larian Sempena UiTM 25 Tahun (1999-2024)



Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) UiTM Shah Alam akan menganjurkan acara Larian 25 tahun UiTM sempena sambutan 25 Tahun UiTM sebagai sebuah Universiti.
Acara larian ini dianjurkan bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat serta membentuk komuniti yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Penyertaan anda pastinya akan memeriahkan lagi acara larian dalam komuniti yang aktif dan cergas.

Khamis, Jun 06, 2024

Perkongsian YB Menteri Pendidikan sempena Hari Pustakawan Malaysia 2024

 



Sumber: FB Fadhlina Sidek 

Hari Pustakawan Malaysia - 6 Jun 2024

 

Rabu, Jun 05, 2024

Menziarahi pengebumian arwah Pak Mail


Hari ini menziarahi pemergian seorang tenaga kerja di tempat kerja yang meninggal dunia sekitar jam 5.30 pagi. Semoga Allah merahmati arwah Hj Ismail Manaf aka Pak Mail. Kami sempat menunaikan sembahyang jenazah di Surau An Nur, Taman Puchong Intan.

5 Jun 2024 | Tanah Perkuburan Islam USJ22

Selasa, Jun 04, 2024

Pyanhabib meninggal dunia

 


Teringat dialog arwah sebagai Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan:

"Brader, Kita mesti terus hidup" 

Dialog ini disebutkan sebanyak tiga kali. 

Arwah juga merupakan anak kelahiran Taiping, Perak 

Adegan dalam Kembara Seniman Jalanan
Foto ihsan Internet 

Foto ihsan Internet 

Isnin, Jun 03, 2024

Tambatlah Ilmu Dengan Menulis

 

Ini merupakan sebuah buku catatan tiga lima hasil pemberian oleh seorang penulis dan jurulatih bertauliah, Tuan Haji Syamsul Amri A Razak. Beliau ada menulis dua buah buku yang bertajuk:

The Art of Impactful Networking: Strategi Praktikal Membina Jaringan untuk Kejayaan Profesional 
dan Peribadi (2023)
dan
The Art of Self-Leadership: Memimpin Diri Agenda Setiap Hari (2024) 

Ahad, Jun 02, 2024

Ke Pesta Buku Kuala Lumpur kali kedua

 

Hari ini berkunjung lagi buat kali kedua ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 dengan anak. Kali ini kami naik kuda ja ke sana. 

#PBAKL2024 #MalaysiaMembaca 

Sabtu, Jun 01, 2024

Gitar John Lennon - Framus Hootenanny 12-string (1964) dilelong

Foto ihsan reverb.com

Harian Metro - 30 Mei 2024

London: Gitar yang digunakan oleh John Lennon - Hootenanny Framus 12-string dijual pada harga AS$2.9 juta (kira-kira RM13.56 juta), mencipta rekod dunia baharu untuk harga jualan tertinggi untuk alat muzik The Beatles, lapor PA Media. Gitar akustik Hootenanny 12 tali, yang digunakan dalam rakaman album dan filem The Beatles, 'Help!' pada 1965 itu ditemukan di loteng. Instrumen itu tidak pernah dilihat atau dimainkan selama lebih 50 tahun. Gitar itu dijual melalui bidaan telefon di Hard Rock Cafe di New York pada Rabu lalu, sebagai sebahagian daripada jualan ikon muzik selama dua hari oleh Julien's Auctions.

"Kami benar-benar teruja dan berbesar hati untuk mencipta rekod dunia baharu dengan penjualan gitar Hootenanny John Lennon," kata David Goodman, ketua eksekutif Julien's Auctions. Beliau berkata, gitar itu bukan sahaja (satu bentuk) sejarah muzik tetapi simbol legasi John Lennon yang berkekalan.

"Hari ini melambangkan apa yang kami lakukan yang terbaik di Julien's - mewujudkan peluang untuk orang ramai berhubung semula dengan karya sentuhan budaya yang membentuk detik yang paling penting sepanjang hidup mereka. Jualan yang tidak pernah berlaku sebelum ini adalah bukti daya tarikan dan penghormatan yang abadi dalam muzik The Beatles dan John Lennon," katanya. Selepas gitar itu digunakan oleh The Beatles, instrumen itu dimiliki oleh pemain gitar Scotland, Gordon Waller, yang dikenali sebagai salah satu duo pop, Peter & Gordon, yang kemudiannya memberikan item itu kepada salah seorang pengurusnya.

Beberapa dekad kemudian, pemilik baharu yang tinggal di kawasan luar bandar Britain menemukan semula gitar itu ketika mahu berpindah keluar dari rumah dan meletakkannya untuk dilelong dengan anggaran 485,000 pound Sterling (kira-kira RM2.8 juta) dan hingga 647,000 pound Sterling (kira-kira RM3.86 juta).

Sumber: https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2024/05/1095681/gitar-john-lennon-pecahkan-rekod-dunia

https://reverb.com/item/6828950-framus-beatle-john-lennon-hootenanny-december-1964-natural-12-string