Pagi ini hadir ke Mesyuarat PIBG SMK Seksyen 7. Sebelum tu pergi hantar anak latihan motor di Seksyen 17. Sebelum mesyuarat bermula, sempat menjengah pusat sumber sekolah, Pusat Sumber Baitul Hikmah dan diberi penerangan oleh Guru Pusat Sumber. InsyaAllah banyak program dan aktiviti yang boleh diadakan bagi memperkasa peranan pusat sumber untuk pelajar.
Sabtu, Februari 28, 2026
Mesyuarat PIBG SMK Seksyen 7, Shah Alam
Pagi ini hadir ke Mesyuarat PIBG SMK Seksyen 7. Sebelum tu pergi hantar anak latihan motor di Seksyen 17. Sebelum mesyuarat bermula, sempat menjengah pusat sumber sekolah, Pusat Sumber Baitul Hikmah dan diberi penerangan oleh Guru Pusat Sumber. InsyaAllah banyak program dan aktiviti yang boleh diadakan bagi memperkasa peranan pusat sumber untuk pelajar.
Puasa - Factory Reset Berskala Besar
Tahukah anda bila kita mula niat puasa je, kilang dalam badan kita terus buat proses "Factory Reset" berskala besar? Ini yang berlaku secara berperingkat selama 30 hari:
HARI 1: Fasa Memberontak
Badan terkejut glukosa tak masuk. Otak mula "marah". Sebab tu hari pertama korang akan pening lalat, lesu, dan sakit kepala. Badan tengah korek simpanan gula (glikogen) kat hati.
HARI 5: Enjin Tukar Minyak (Bakar Lemak)
Stok gula dah habis. Badan terpaksa guna LEMAK sebagai bahan bakar (Keton). Waktu ni korang mula rasa badan 'ringan', tenaga stabil, dan ajaibnya... rasa lapar tu dah kurang!
HARI 10: Spring Cleaning (Autofagi)
Ini magis yang sebenar. Sel-sel dalam badan mula makan dan buang sel yang dah rosak, tua, atau berpenyakit. Sistem penghadaman direhatkan, perut jadi selesa.
HARI 20-30: Versi "Upgrade" Diri
Berat badan mula susut. Lemak degil kat perut (visceral fat) makin cair. Hormon stabil dan paling penting, rintangan insulin berkurang!
Sistem hebat 30 hari ni akan TERBATAL, HANCUR, dan SIA-SIA kalau masa azan Maghrib je, korang terus "balas dendam"!
Bantai air sirap bandung 2 gelas, kuih muih manis 5 ketul, nasi tambah dua kali. Gula mencanak naik (Spike*), insulin terus melompat, dan badan kembali simpan LEMAK berganda-ganda.
Puasa itu ubat untuk tubuh. Jangan jadikan waktu berbuka sebagai racun.
Tahun ni, jom kita puasa betul-betul untuk capai versi diri yang paling sihat.
Jumaat, Februari 27, 2026
Khamis, Februari 26, 2026
Penduduk Malaysia Tahun 2025
Rabu, Februari 25, 2026
Aku dan Bangunan Sultan Abdul Samad
Sempena Bangunan Sultan Abdul Samad sudah dibuka kembali kepada umum, pagi tadi singgah sebentar untuk melihat dari dekat akan keindahan bangunan yang siap dibina pada tahun 1897 ini. Usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ikonik penting termasuk Seri Negara dan Stadium Negara di Kuala Lumpur ini memberikan satu impak yang besar kepada lokasi tumpuan pelancong di tengah ibu kota malahan ianya juga melindungi nilai sejarah, tujuan pendidikan dan kesedaran dan untuk kelestarian bandaraya. Pemuliharaan bukan sekadar membaiki bangunan lama, tetapi juga menjaga roh sejarah yang terkandung di dalamnya.
Selasa, Februari 24, 2026
Pingat Hang Tuah
Pingat Hang Tuah ialah satu anugerah khas di Malaysia yang diberikan untuk mengenang jasa dan keberanian kanak-kanak. Pingat Hang Tuah merupakan anugerah keberanian tertinggi di Malaysia yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia bawah 18 tahun, diiktiraf atas tindakan luar biasa menyelamatkan nyawa atau harta benda semasa kecemasan. Dimulakan pada 1960 oleh Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, ia pernah dihentikan pada 1978 namun dihidupkan semula sebagai pengiktirafan kepada wira cilik.
Penerima Pertama: Mohd Nor bin Osman, seorang kanak-kanak dari Terengganu, dianugerahkan pingat ini pada 22 Oktober 1960 oleh Yang DiPertuan Agong pertama atas keberaniannya menyelamatkan dua kanak-kanak lemas di Sungai Losong Feri, Kuala Terengganu.
Latar belakang
Tujuan: Mengiktiraf tindakan berani kanak-kanak yang menyelamatkan nyawa atau menunjukkan keberanian luar biasa.
Sejarah: Pingat ini mula dianugerahkan pada tahun 1960 kepada Mohd Nor bin Osman dari Terengganu kerana keberaniannya menyelamatkan dua kanak-kanak daripada mati lemas.
Contoh penerima: Pada tahun 1970, Nan Ahmad, seorang pelajar berusia 14 tahun dari Perlis, menerima Pingat Hang Tuah kerana menyelamatkan rakannya daripada lemas di Sungai Bakong.
Signifikansi
Pingat ini dinamakan sempena Hang Tuah, laksamana legenda Kesultanan Melaka yang menjadi simbol kesetiaan, keberanian, dan kebijaksanaan dalam tradisi Melayu.
Ia berfungsi sebagai motivasi dan penghargaan kepada kanak-kanak untuk mencontohi nilai keberanian dan pengorbanan.
Pingat Hang Tuah unik kerana ia khusus untuk kanak-kanak, berbeza dengan kebanyakan pingat kebesaran lain yang biasanya dianugerahkan kepada orang dewasa.
Isnin, Februari 23, 2026
Kehijauan Alam Sekitar
Hari ini kita menikmati keindahan kehijauan alam flora. Menikmati kehijauan alam sekitar membawa banyak manfaat, bukan sahaja untuk kesihatan fizikal tetapi juga kesejahteraan mental.16 Feb 2026
Samsung Galaxy A04
ISO32
4.09mm
0.0ev
F1.8
1/53s
Ahad, Februari 22, 2026
Sabtu, Februari 21, 2026
Jumaat, Februari 20, 2026
Perlukah perpustakaan dalam zaman digital?
Khamis, Februari 19, 2026
Rabu, Februari 18, 2026
Jalan-jalan Petang Ramadan
Petang ni kita jalan jalan dulu. Kawasan perumahan ni kalau lepas hujan, boleh nampak kabus lagi di hujung jalan tu. Malam karang kita mula Taraweh, InsyaAllah.
Selasa, Februari 17, 2026
Majlis Sumbangan Ihya Ramadan DUN Kota Anggerik
Selepas Zohor tadi saya mewakili Surau Al-Ikhwan hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadan untuk masjid dan surau dalam DUN Kota Anggerik, Shah Alam di Petals Event Space, Seksyen 7. Sumbangan disampaikan oleh YB Najwan Halimi, EXCO Negeri Selangor/ADUN Kota Anggerik. Terdapat juga pengisian tazkirah Ambang Ramadan oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor. Beliau ada menyentuh mengenai keperluan manusia untuk tidak bercakap perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
Isnin, Februari 16, 2026
Ahad, Februari 15, 2026
Tunku dan Masjid Negara
Tahun 1957, Tunku Abdul Rahman dapat idea.
Sabtu, Februari 14, 2026
Selamat Pagi Malaysia - Nadi Seri Pagi
Jumaat, Februari 13, 2026
Khamis, Februari 12, 2026
Hari Radio Sedunia 2026 di Taiping, Perak
Bangunan Sultan Abdul Samad Dibuka
Rabu, Februari 11, 2026
Selasa, Februari 10, 2026
Jerry Tuwai di King Edward VII School, Taiping
Sempena kehadiran Jerry Tuwai ke King Edward VII School pada 11 Februari 2026, pihak Tackle Asia akan membuka booth jualan merchandise “Jerry Tuwai Limited Edition”. Sehubungan dengan itu, dijemput semua alumni dan peminat ragbi untuk hadir memeriahkan program ini serta mendapatkan koleksi eksklusif yang hanya dikeluarkan sempena lawatan khas beliau ke SMK King Edward VII.
Ini merupakan peluang istimewa untuk bertemu ikon ragbi dunia, merasai suasana komuniti ragbi KEVII, serta menyokong pembangunan ragbi sekolah.
Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)
Lokasi: SMK King Edward VII, Jalan
Muzium Hulu, Taiping, Perak.
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Jumpa anda di sana. Rugby. Brotherhood Legacy
Magni Nominis Umbra
Central Market Kuala Lumpur
Isnin, Februari 09, 2026
Evolusi 7 Dekad UiTM | 1956-2026
Dari sebuah dewan latihan kecil, kini berdiri megah sebagai universiti awam terkemuka negara. Inilah perjalanan 7 dekad membina bangsa, ilmu dan masa depan.
🟢 Dekad Pertama (1956–1966)
Bermula sebagai Dewan Latihan RIDA.
Harapan disemai, akses pendidikan dibuka untuk masyarakat luar bandar.
🟡 Dekad Kedua (1966–1976)
Melangkah menjadi Maktab MARA dan seterusnya Institut Teknologi MARA (ITM).
Pendidikan teknikal dan profesional mula diperkasa.
🔵 Dekad Ketiga (1976–1986)
ITM diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.
Peranan dalam pembangunan modal insan negara semakin kukuh.
🟠 Dekad Keempat (1986–1996)
ITM berkembang pesat sebagai institusi pengajian tinggi utama.
Graduan berdaya saing mula mengisi pelbagai sektor negara.
🟣 Dekad Kelima (1996–2006)
Tahun bersejarah 1999.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilahirkan.
🟤 Dekad Keenam (2006–2016)
UiTM meluaskan sayap ke seluruh negara.
Akses pendidikan tinggi diperluas tanpa sempadan.
🔴 Dekad Ketujuh (2016–2026)
UiTM terus melangkah sebagai universiti awam terkemuka Malaysia.
Legasi diperkukuh, masa depan dibina.
7 Dekad, Satu Perjuangan, Jutaan Anak Bangsa.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
Usaha Taqwa Mulia
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad
Ahad, Februari 08, 2026
India's largest Free Libraries
India awards the Padma Shri to Anke Gowda — a bus conductor who turned his love for books into one of India’s largest free libraries.
Sabtu, Februari 07, 2026
Hentian Buku Selangor
Hentian Buku Selangor yang berjiwa besar










































![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















