Foto ihsan FB Goodwill Librarian
Isnin, Februari 10, 2025
Allahyarham Pak Andak Md Nor bin Hamzah
Menerima perkhabaran pagi tadi bahawasanya abang kepada mak, Allahyarham Pak Andak Md Nor bin Hamzah bin Mat Riau telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Feb 2025 jam 2.50 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lurah Bilut, Pahang. Arwah tinggal bersama anak lelaki beliau yang kami panggil Abang Enon dan keluarganya di Felda Lurah Bilut, Pahang. Sebelum ini, rumah beliau terletak di Kampung Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak yang tidak jauh dari rumah keluarga Fedtri Yahya, pengacara TV3.
Kali terakhir berjumpa adalah semasa arwah datang beraya ke Taiping pada tahun 2022.
Semoga Allah merahmati arwah dan mengampuni segala silap yang lalu (1933-2025)
Labels:
pak Andak Md Nor,
Waris Mat Riau
Ahad, Februari 09, 2025
D'Fini Cottage, Kuang, Selangor
Hari ni pi makan khenduri kat D'Fini Cottage yang tak jauh dari pekan Kuang, Selangor. Kawasan ni muka buminya berbukit. Dewan khenduri ni terletak atas bukit. Kawasan kelilingnya penuh kehijauan.
Alamat: Lot 2938, Lorong Haji Rahmat, Off Lorong Melati, 48050 Kuang, Selangor
9 Feb 2025
Sabtu, Februari 08, 2025
Cafe Dusun RMCJ
Berkunjung ke Cafe Dusun RMCJ pagi ni untuk rasai suasana dalam dusun deghoyan. Awie Wings pun pernah singgah ke sini pada bulan November 2024.
31 Jan 2025
Lokasi: Kampung Padang Besar, Changkat Jering, Taiping, Perak
Labels:
Cafe Dusun RMCJ,
Changkat Jering,
Taiping
Jumaat, Februari 07, 2025
Langgan:
Catatan (Atom)













![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















