Isnin, Mac 17, 2025

Aku di Tepi Bendang


Hari ni singgah bendang Sekinchan sat lari dari kesibukan kota. Ni kat Parit 7 depan Inap Desa Dangau Padi.
Pagi hari menjala ikan
Bawak sekali bubu dan lukah
Puasa Ramadan kita tunaikan
Ibadah rahmat di bulan barokah
8 Mac 2025

Ahad, Mac 16, 2025

Kartunis Azmi Hussin


Layan jugak bacha buku karikatur karya Azmi Hussin. Beliau merupakan salah seorang kartunis Pulau Pinang. Kerjaya beliau sebagai karikatur jalanan bermula sejak tahun 2013. Beliau pernah mewakili Malaysia ke Pesta Buku Franfurt dan menerima pengikhtirafan dalam Malaysia Book of Records selepas melukis 320 karikatur dalam masa 24 jam pada 2017. Beliau juga menerima Anugerah Tokoh Kartunis Negeri Pulau Pinang bagi 2021 dan 2022.

Sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau kerana beliau telah meninggal dunia pada 5 Mac 2025 di Pulau Pinang akibat serangan jantung.

Sabtu, Mac 15, 2025

Mesyuarat Agung PIBG di Bulan Ramadan


Dapat hadiah cabutan bertuah

Hari ini hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam yang dijalankan pada bulan Ramadan.Mesyuarat ini penting bagi mendapatkan sokongan bagi bayaran sumbangan PIBG dan bayaran program kecemerlangan Darjah 5 dan 6 daripada ibu bapa sekalian. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir bagi pakcik hadir ke mesyuarat seumpama ini disebabkan anak sudah berada di darjah 6. Pakcik hadir ke setiap mesyuarat PIBG di SRAI DMYS ini semenjak anak pakcik yang sulung mula bersekolah di sini dahulu pada tahun 2015. Kemudiannya, anak pakcik yang kedua turut bersekolah di sini juga. 

Jika dikira semua sekali ada 11 kali pakcik hadir ke mesyuarat PIBG di SRAI DMYS bermula tahun 2015 sehingga 2025. Berikut adalah tarikh-tarikh mesyuarat tersebut:

14 Feb 2015
21 Feb 2016
5 Mac 2017
11 Mac 2018
2 Mac 2019
7 Mac 2020
10 April 2021
25 Jun 2022
17 Jun 2023
22 Mei 2024
15 Mac 2025

Untuk tahun 2025, ini merupakan kali pertama diadakan pada bulan Ramadan. 
Ramadan Kareem. 

Jumaat, Mac 14, 2025

Turning libraries into vibrant spaces



Turning libraries into vibrant spaces

The Star 12 March 2025, pg. 5 (Metro)
"With more diverse and interactive programmes, Johor's libraries aim to become not just reading spaces but also vibrant community hubs for knowledge and culture"

Waktu-waktu Untuk Bayar Zakat Fitrah

 

Sumber: JAKIM

Khamis, Mac 13, 2025

Makanan Yang Rasulullah Sukai

 

Foto ihsan UtusanTV

Rabu, Mac 12, 2025

Cara Nabi saw Berbuka Puasa

 

Infografik ihsan My #HadithTime