Rabu, Mac 05, 2025

Etnik-etnik di Perak


Ini antara etnik-etnik yang ada dalam negeri Perak. Inilah sebabnya Perak ni banyak dia punya loghat dan tak sama antara daerah dan daerah yang lain. Pakcik lahir di Kuala Kangsar tapi membesornya di Taiping, maka ada dua loghat yang berbeza dipertuturkan.

26 Feb 2025

Sumber: Seladang Perak

Selasa, Mac 04, 2025

Perlunya Membaca


Pabila pembacaan tidak meluas, tidak suka membaca, tiada masa membaca, atau membaca hanya khusus kepada tajuk yang diminati tapi tidak tajuk yang serius, maka ia berpotensi mewujudkan ‘siege mentality’.

Itulah sebabnya kita disarankan untuk membaca, dan susun jadual untuk membaca buku yang bermanfaat, buku buku idea dan gagasan besar, buku buku tulisan para ilmuwan dan sarjana, apatah lagi membaca al-Quran setiap hari. Bahkan sangat disarankan untuk mentadabbur al-Quran itu.
Tonton Tik Tok atau baca postings di medsos bukan dikategorikan membaca dalam konteks membangun minda. Bahan di medsos secara umumnya hanya maklumat berlegar.
Maklumat berlegar ini memberi input sekadarnya, manakala reaksi kita berdasarkan nilai dan kecenderungan ‘bias’ yang ada dalam minda. Manakala membaca bahan ilmiah akan menambah nilai, memberi ilmu, mencetus upaya kritis, menajamkan pemikiran, membentuk ruang lingkup ‘weltenscheung’ atau ‘worldview’ yang penting dalam usaha menanggapi isu dan mentafsir kehidupan.

Sumber: PM Dr Alwi Mohd Yunus | 25 Feb 2025

Isnin, Mac 03, 2025

Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri di Malaysia

Foto ihsan FB Anwar Ibrahim (24 Feb 2025)

"Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri meminta agar kita turut membantu kemajuan di Baitulmaqdis, termasuk membaiki suasana di masjid atau madrasah-madrasah di sekitarnya"

Baca berita Sinar Harian 


Ahad, Mac 02, 2025

Perpustakaan Masih Relevan

Sumber: Utusan Malaysia

Perpustakaan Masih Relevan

Utusan Malaysia 22 Feb 2025, ms. 15
"Tanpa perpustakaan, masyarakat berilmu dan berbudaya membaca sukar dibentuk kerana amalan membaca menjadi asas penilaian kadar literasi masyarakat sesebuah negara"

Marhaban Ya Ramadan

 

Sabtu, Mac 01, 2025

Program Tautan Ukhwan Darjah 5 dan 6


Pagi ini hadir ke Majlis Kecemerlangan Darjah 5 dan 6 di Seksyen 7. Ada perkongsian mengenai peperiksaan yang akan diambil oleh anak-anak. Sekolah juga menjemput Ustaz Rozie Rejab dan Da'i Azrin dalam aturcara yang dibuat.

Ustaz Rozie Rejab berkongsi mengenai menjana kemenjadian anak-anak.
"Nak anak pandai, mak pak kena hormat guru"
"Robbi Habli Minal Solihiin"
1 Mac 2025

Taman Tasik Teratai, Seksyen 8, Shah Alam